09 June 2024

ISU BERS£LISIH FAHAM DENGAN NENEK - SYASYA DOLLA TAMPIL NAFI



"Saya ada cakap dengan nenek dan bagi pembayang. Saya selalu simpan sendiri dan kalau nak dekat hari berkahwin, baru saya beritahu. Saya ada beritahu nenek untuk doakan saya sementara dia sedang menunaikan umrah. Dia terk£jut sebab bila dia dah balik, kami dah bernikah."
Itulah ujar bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal, 23, yang mendedahkan mengenai hubungannya dengan neneknya yang juga pelakon veteran, Rozie Othman sebagai satu hubungan yang tidak bermas@lah.

Pendedahan itu dikongsikan Syasya selepas Rozie sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mengenai kekec£waannya apabila cucunya itu menamatkan zaman bujang ketika zaman kegemilangannya dan majlis akad nikah berlangsung ketika Rozie menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

Tambahnya lagi, tind@kan dan kenyataan neneknya itu adalah sesuatu yang normal bagi seorang individu berstatus nenek dan dia serta suami, Nasrullah Mohd Sapie, 23, sudah bertemu dengan neneknya.

"Nenek pun dah berumur. Jadi, normal untuk nenek-nenek dengar cerita dari orang dan buat kesimpulan. Kami dah jumpa dan jelaskan. Dia pun dah gembira jumpa Nasrullah," tuturnya.

Sementara itu, suami Syasya, Nasrullah turut berkongsi perkara sama selepas pertemuan dengan nenek isterinya itu.

"Selepas bernikah, kami ada jumpa nenek dan dia belanja taufufa. Mungkin dia pun lama tak ikuti perkembangan. Tapi, dia sangat okay," katanya.

Di majlis resepsi yang berlangsung malam semalam, turut kelihatan kehadiran Rozie di samping keluarga serta lebih 1,000 tetamu jemputan yang hadir memeriahkan acara.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: