09 June 2024
"SAYA BERASA TERKIL4N KERANA TIDAK SEMPAT MENZIARAHI ARWAH HUZZ..." - ZAMANI
Vokalis kumpulan Slam, Zamani ketika diminta mengulas pemergian wartawan hiburan popular era 80-an hingga 90-an, Allahyarham Huzz, semalam, menjelaskan, dia dan isteri Nur Juliana Abd Rani, memang ada perancangan untuk menziarahi Allahyarham bila mendapat tahu beliau s@kit di hospital.
"Saya berasa terkil@n kerana tidak sempat menziarahi arwah Huzz ketika s@kit kerana kesibukan kerja. Saya ada dengar arwah s@kit dan ada perancangan dengan isteri nak 0 tengok tapi tak sempat kerana sibuk dengan kerja ketika itu. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk arwah, Insya-Allah," tuturnya.
Sementara itu, ditanya mengenai kenangan bersama Allahyarham Huzz pula, anggota bass, kumpulan Slam iaitu Lili, berkata, banyak kenangan manis yang dikongsi mereka bersama arwah ketika hayatnya dulu.
"Kami berasa sedih dengan pemergian arwah Huzz kerana sudah kenal lama dengannya. Biasanya artis pada era-90an memang rapat dengan arwah yang juga wartawan lama.
"Beliau terkenal dengan selor0h dan gurauannya. Kami juga selalu lepak bersama dengan arwah dan kalau beliau ada suasana selalunya menjadi 'happening'," katanya.
Sebelum ini, jenazah Allahyarham Huzz atau nama sebenarnya, Kamal Huzaini Kamaludin, 59, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat daerah Seberang Perai Utara di Permatang Langsat, Kepala Batas, Pulau Pinang, malam tadi.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Abdullah Fahim untuk dimandi dan dikafankan diikuti solat jenazah selepas solat isyak, sebelum dikebumikan pada kira-kira 9.45 malam.
Allahyarham Huzz dilaporkan menderita sakit kanser usus tahap empat berada dalam kritikal sejak kebelakangan ini.
Beliau ditempatkan di rumah keluarganya di Pulau Pinang dan di bawah pemerhatian doktor selepas dikeluarkan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 30 Mei lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment