09 June 2024

MAJLIS RESEPSI TERIMA TAJAAN RM5 JUTA BARANG KEMAS - SYASYA DOLLA AKUI 'DORAEMON' ERATKAN KASIH SAYANGNYA & SUAMI



Bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal, 23, dan suaminya, Nasrullah Mohd Sabie, telah mengadakan majlis resepsi yang berlangsung dengan penuh meriah di Magica Subang Hall, Shah Alam, semalam.

Dalam majlis tersebut yang dihadiri lebih 1,000 tetamu itu menyaksikan pengantin perempuan dan pasangannya ini mengenakan persalinan berona biru muda yang ditaja oleh Jakel.

Sementara itu, ibu Syasya iaitu Farah Farina Abd Razak berkata, majlis resepsi terpaksa diadakan dua sesi iaitu siang dan malam berikutan tidak dapat dewan yang besar untuk tetamu yang ramai.

Tambah ibu Syasya lagi, sempena majlis resepsi, anaknya itu menerima banyak tajaan, selain mengucapkan terima kasih pada pihak yang terlib@t.

"Persiapan untuk hari ini, sebenarnya kita ada dua sesi. Pada siang hari, untuk peminat, keluarga dan rakan-rakan lain. Malam untuk yang lain pula sebab kita tak dapat nak cari dewan yang besar.

"Alhamdulillah ada banyak tajaan yang masuk dan saya berterima kasih kepada penaja yang saya tak dapat nak sebut satu persatu," katanya

Dalam pada itu, ibu Syasya turut mendedahkan anaknya juga menggayakan barang kemas dan aksesori yang ditaja oleh Habib sejumlah RM5 juta.

Klik untuk gambar besar

"Kita belum buat kiraan lagi, tetapi untuk Syasya, Habib tajaan RM5 juta untuk barang kemas yang dipakai malam ini. Manakala untuk saya pula RM500,000. Selain Habib, Jakel pun ada menaja dan banyak lagi," ujarnya.

Apa yang menariknya, Syasya dan suaminya itu telah diiringi melodi lagu OST siri animasi popular dari Jepun, 'Doraemon', ketika melangkah masuk ke dalam dewan majlis resepsi malam semalam.

Ujar Syasya, minatnya kepada siri animasi dan karakter Doraemon itu juga membuatkannya jatuh hati kepada suaminya.

"Itu sal@h satu sebab saya tertarik dengan dia sebab saya suka Doraemon. Jadi, setiap kali saya tengok dia saya akan teringat Doraemon," tuturnya.

Malah, netizen juga turut menyamakan wajah suami Syasya dengan watak Nobita dalam siri animasi itu.

"Kalau ada persamaan, sejak dahulu lagi dan bukan sekarang. Kawan-kawan terdekat panggil Nobita," katanya.

Pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sah bergelar isteri pada 20 April lalu selepas dia meng£jutkan industri hiburan tanah air dengan mengumumkan pengunduran daripada Dolla pada 8 April lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: