09 June 2024

RABBANI AKAN TETAP TERUS BERGERAK AKTIF DENGAN JUMLAH ANGGOTA MASIH ADA, KEKAL TUJUH ANGGOTA



"Buat masa ini, Rabbani mempunyai tujuh anggota iaitu saya, Asri Ubaidullah, Zulkiflee Azman, Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen, Mohamad Afandi Shahbudin dan Ahmad Shafie.
"Kita juga tidak melihat perlunya kemasukan anggota baru bagi menggantikan Allahyarham Nazrul Azhar Tamrin yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu.

"Sebenarnya ketika arwah Nazrul masih ada lagi dan dia sudah pun s@kit, Rabbani memang dah terbiasa bergerak tujuh anggota dan rasanya kami tiada keperluan juga untuk ada ahli baru.

Demikian kata ketua Rabbani iaitu Azadan Abdul Aziz yang menjelaskan, kumpulan terb@bit akan tetap terus bergerak aktif dengan jumlah anggota masih ada, termasuk sudah meng@gihkan bidang tugas masing-masing.

Ujar Azadan, walaupun beberapa anggota Rabbani sudah 'pergi' buat selamanya dan sekarang hanya tinggal bertujuh, kekosongan itu tidak perlu diisi oleh anggota baru.

Menurutnya lagi, semua anggota Rabbani ada fungsi tugas masing-masing seperti menguruskan undangan persembahan, seliakan kebajikan kumpulan dan sebagainya kerana mereka adalah keluarga yang besar.

"Jadi, apabila Rabbani dapat tahu arwah Nazrul berhadapan mas@lah peny@kit buah pinggang tujuh tahun lalu, kita terus merehatkan dia. Malah, pada masa sama Rabbani juga menjaga kebajikan keluarganya dengan membantu apa yang diperlukan.

"Malah, Rabbani turut merancang membantu arwah Nazrul yang memerlukan RM15,000 bagi menjalani pemb£dahan tangannya yang sudah memb£ngkak di hospital, namun tidak kesampaian apabila Allahyarham lebih dulu menyahut panggilan Ilahi.

"Saya sendiri bercadang mahu menganjurkan persembahan amal Rabbani bagi mengumpulkan kewangan membantu arwah Nazrul. Tetapi, kita hanya mampu merancang dan Allah menentukan segalanya.

"Kini, saya mohon agar kita semua terus sedekahkan al-Fatihah kepada saudara sesama Islam kita yang sudah meninggal dunia dan didoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat di sisi Allah SWT," tuturnya.

Baru-baru ini, Rabbani mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarham Nazrul di Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh yang dihadiri kira-kira 200 orang merangkumi anak-anak arwah, keluarga, kenalan rapat, sahabat dan juga peminat.

Jelas Azadan, tujuan Rabbani menganjurkan majlis tahlil arwah itu kerana mereka mempunyai keluarga yang ramai, kawan-kawan serta mahu menyatukan semua yang masih ada (hidup) untuk mengeratkan silaturahim.

"Selain pahala majlis tahlil disedekahkan kepada arwah, dalam masa sama ia juga untuk kita yang ditinggalkan ini terus kuat menjaga hubungan silaturahim. Jadi, boleh dikatakan peringatan kepada kita semua," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: