12 June 2024

KINI SUDAH PUNYAI KEKASIH BARU - ZARINA ANJOULIE MAHU BERSAMA DENGAN INDIVIDU YANG ST4BIL, NORMAL & SEORANG YANG TIDAK G1LA GLAM0R



"Saya tidak boleh bersama dengan lelaki satu hari dia ingin menjadi ustaz, kemudian ingin jadi hip hop. Apabila bercinta jadi ustaz, bila putus jadi hip hop.
"Dia sendiri tidak tahu apa yang dia inginkan. Jadi saya ingin bersama dengan seseorang yang st@bil. Bagaimanapun saya mendoakan semoga keadaannya baik-baik saja.

"Saya perlu bersama dengan orang yang normal, tidak g1la glam0r. Bukan seseorang yang apabila putus saja terus memberitahu kepada wartawan."

Demikian kata pelakon sensasi Zarina Anjoulie yang kini sudah mempunyai kekasih baru, selain akui dirinya gembira menjalin hubungan dengan jejaka tersebut sejak setahun lalu.

Menerusi siaran langsung di TikT0k, Zarina atau lebih mesra disapa Anju memberitahu, dia mahu bersama dengan individu yang st@bil, normal dan seorang yang tidak g1la glam0r.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan hubungannya dengan bekas kekasih sebelum ini adalah untuk meraih publisiti, jelas Zarina, jika dia mahu berbuat demikian dia akan mencari individu yang lebih popular.

"Seingat saya, saya seorang yang popular. Kenapa saya perlukan pertolongan seseorang yang tidak popular untuk popular. Bagi saya, cuba fikir secara log1k.

"Saya keluar saja rumah semua orang ingin bergambar dengan saya. Syukur Alhamdulillah peminat menghargai saya. Kalau saya ingin publisiti lebih baik saya cari mereka yang lebih popular seperti Zoey. Dia kacak dan dia popular," ujarnya.

Terdahulu, ahli perniagaan, Datuk Khazrul Elzey mendedahkan pertunangannya dengan Zarina sebelum ini hanya sekadar rekaan yang dirancang oleh pelakon sens@si itu.

Khazrul mendakwa kisah pertunangan mereka adalah untuk menaikkan kembali nama pelakon itu dalam industri dan dia melakukannya kerana sayangkan wanita itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: