12 June 2024

JOHAN AS'ARI LUAH RASA SYUKUR DIJEMPUT KE TANAH SUCI TATKALA BIMB4NG 'JOB' BERLAKON KURANG



"Tahun 2024 ini antara yang 'strvggle'. Alhamdulillah, mungkin kerja berlakon 2024 kurang, tapi rezeki dapat ke Tanah Suci dua kali pula tahun ini. Bersama Datuk Adi Putra dan Ikhlas.com.
"Saya anggap ke umrah ini jemputan jadi tetamu Allah. Jadi, saya tak letakkan harga. Mereka nak bagi, Alhamdulillah, tak bagi, saya tak minta. Dekat sana yang mahal doa kita kan.

"Itu rezeki kumpulan buat umrah setiap tahun. Tahun lalu saya dapat pergi tiga, empat kali. Tahun ini, saya dapat pergi dua kali, bulan Ogos dan November nanti."

Itulah tutur pelakon Johan As'ari, 38, yang meluahkan rasa syukur apabila mendapat rezeki untuk melawat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah sebanyak dua kali pada tahun ini, meskipun berg£lut dari segi kerja.

Dalam pada itu, Johan atau nama penuhnya, Johan Ariff As'ari, menyifatkan jemputan ke Makkah adalah rezeki yang cukup indah buatnya tatkala buntu memikirkan tawaran berlakon.

Disamping itu, Johan berkata, tawaran kerja untuknya kala ini memang belum ada, namun bersyukur beberapa bulan sebelumnya, ada beberapa projek memb@bitkannya sedang berjalan.

"Filem-filem yang sudah siap, tengah dan bakal tayang. Biasalah, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang di bawah. Itulah lumrah jadi seorang selebriti. Kadang-kadang ada tawaran tak putus-putus.

"Kadang-kadang Allah suruh kita rehat, dua tiga bulan tak dapat bekerja. Beberapa bulan ke belakang tawaran kerja tak putus. Cuma beberapa bulan ke depan, saya tak nampak tawaran dan saya sedang melalui fasa itu," ujar Johan yang reda serta faham kerja sebagai pelakon tiada gaji tetap.

Tambahnya lagi, disebabkan kerja sebagai pelakon tiada gaji tetap, dia sentiasa beringat untuk simpan duit sendiri dan bila datang tawaran, tak kira penat, dia akan buat selagi terdaya.

"Kerana ada simpanan itu yang membuatkan saya okay. Itu yang menyelamatkan saya bila tiada tawaran. Simpanan tak adalah banyak mana, sekurang-kurangnya boleh bertahan untuk keperluan harian," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: