12 June 2024

RITA RUDAINI KONGSI CIRI-CIRI CALON MENANTU : "BOLEH ADA MEDIA SOSIAL TAPI TAK BOLEH MACAM BUDAK-BUDAK SEKARANG, J0GET-J0GET... SEBAB ANAK SAYA LELAKI, TANGGUNGJAWAB DIA B£RAT"



"Saya cakap tengok mommy. 'Nanti kalau awak buat tak tentu hala dekat perempuan, siap' saya cakap. Tapi bagi mommy tengok tau kalau ada siapa-siapa mommy kena sc@n.
"Mommy yang penting tak suka perempuan yang ada Instagram sebab mommy tak suka perempuan yang macam dia terlamp@u (berkongsi). Boleh ada media sosial tapi tak boleh macam budak-budak sekarang, j0get-j0get.

"Ada orang ada media sosial tapi tunjuk pemandangan, dia tak tunjuk muka dia, dia tunjuk apa yang dipakai tapi tak tunjuk muka. Yang itu mommy restu."

Itulah ujar pelakon Rita Rudaini, dimana dia berkongsikan ciri-ciri calon menantu apabila ditanya tentang pilihan anak-anaknya jika mereka mahu berumah tangga di masa akan datang.

Rita yang berkata demikian menerusi video bersama Suara Sarawak itu berkata, dia kurang senang dengan wanita yang menggunakan media sosial dengan tidak bermanfaat serta berkongsi video j0get-j0get.

Menurut pelakon itu lagi, dia lebih sukakan serta merestui jika wanita berkenaan tidak terlalu menonjol di media sosial atau memuat naik gambar, namun wajah tidak kelihatan.

Selain itu, Rita berkata, permintaannya itu kerana dia bimb@ng akan tanggungjawab yang bakal dip1kul anak lelakinya apabila bergelar suami.

"Sebab anak saya lelaki, tanggungjawab dia berat. Saya tak nak dia jadi seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bukan senang nak jaga.

"Pandai arah saja jangan pakai itu ini, jangan keluar tanpa saya. Sebelum tidur minta kebenaran bagi tahu nak tidur. G£ram je. Yang perempuan pun ikut lah sebab cinta," katanya.

Untuk makluman, Rita mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna, hasil perkahwinan bersama pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, sebelum mengambil keputusan bercerai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: