12 June 2024

BEKAS MADU MIERA LEYANA FAILKAN TUNTUTAN UBAH PERINTAH INT£RIM HADANAH (SEMENTARA) TERHADAP NUR ANISA ROSLAND : "DIA MAHU DUDUK BERSAMA SAYA & BERSEKOLAH DEKAT DENGAN RUMAH KAMI"



"Tujuan saya memfailkan tuntutan ubah interim hadanah untuk Nur Anisa ini disebabkan permintaannya sendiri (Nur Anisa) yang meluahkan kepada saya sejak Januari lalu, di mana dia mahu duduk bersama saya dan bersekolah dekat dengan rumah kami.
"Berkali-kali juga Anisah memberitahu saya mengenai hasratnya itu apabila pulang ke rumah ketika cuti persekolahan. Jadi, sebagai ibu sudah pasti saya inginkan yang terbaik untuk anak terutama kebajikan, kesel@matan, kesihatan ment@l dan em0si st@bil.

"Saya tak mahulah anak tr@uma kerana Nur Anisa ada juga berkongsi pelbagai kej@dian hingga dia sendiri yang tidak mahu pulang ke rumah bapanya sejak balik di rumah saya pada cuti persekolahan, 24 Mei lalu."

Itulah jelas bekas madu pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib, 51, yang memfailkan tuntutan ubah perintah int£rim hadanah (sementara) terhadap anak keempatnya, Nur Anisa Rosland, 13, yang berada di bawah penjagaan bekas suami, Rosland Othman, 51.

Adibah yang ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini, memberitahu, dia bertindak membuat tuntutan berkenaan terhadap Nur Anisa berikutan remaja itu sendiri meluahkan hasratnya untuk kembali menetap semula bersama ibu dan empat adik-beradik yang lain.

Dalam pada itu, kata Adibah, dia akur dengan perintah mahkamah sebelum ini yang mana hak penjagaan int£rim, Nur Anisa dimiliki bekas suaminya, Rosland, namun apa yang cuba dilakukan sekarang bertitik-tolak daripada permintaan anaknya itu.

Tambahnya lagi, dia bagaimanapun tidak mendapat kerjasama daripada bekas suaminya itu apabila Rosland dikatakan membant@h ketika perbincangan tertutup bersama Hakim Syarie, Zuraidah Ayob.

Selain itu, Adibah juga memberitahu dia ada membuat laporan polis berhubung keputusan Nur Anissa yang tidak mahu lagi pulang ke rumah bapanya dengan kerelaan hati sendiri.

"Saya membuat laporan polis pada 4 Jun lalu apabila Nur Anissa memang sudah tidak mahu pulang ke rumah bapanya, Rosland dan ingin tinggal bersama saya serta adik-beradik yang lain.

"Laporan polis itu dibuat kerana saya tidak mahu didakwa menjadi pengh@sut kepada Nur Anissa hingga dia tidak mahu balik ke rumah bapanya, sedangkan ia atas kerelaan sendiri," katanya yang ditemani tiga anaknya iaitu Nur Anisa, 13; Nur Liyana, 19, dan Nurin Tasnim, 12.

Sementara itu, Rosland hadir bersama ibu mentuanya, Aisah Abdullah serta diwakili dua peguam, Datuk Seri Amli Embong dan Nurul Balqis Nordin dari Amli & Associates.

Terdahulu, Adibah mendapat hak penjagaan int£rim untuk dua daripada tiga anaknya selepas Rosland memfailkan tuntutan hadanah pada 24 Mac tahun lalu.

Dua anak iaitu Nur Liyana dan Nurin Tasnim memilih untuk tinggal bersama Adibah, manakala Nur Anissa pula memilih menetap dengan bapanya, Rosland.

Untuk makluman, Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 3 Ogos, tahun lalu.

Mereka yang sudah hidup bersama selama 28 tahun itu mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 12 hingga 27 tahun.

Rosland bagaimanapun berkahwin kali kedua dengan Miera Leyana pada Julai 2020 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka kini dikurniakan dua anak perempuan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: