25 June 2024

LAYAK MOHON TARAF PENDUDUK TETAP DI MALAYSIA - SHAH ISKANDAR LUAH RASA SYUKUR



"Selepas 10 tahun, tanpa menggunakan kabel atau apa-apa bantuan akhirnya tahun depan saya dah boleh mohon taraf PR mengikut pros£dur yang sah.
"InsyaAllah, saya harap permohonan itu lulus memandangkan saya di Malaysia pun sudah masuk 15 tahun."

Itulah kata pelakon Shah Iskandar yang kini dapat menarik nafas lega apabila boleh memohon untuk mendapatkan taraf Pemastautin Tetap atau Permanent Residence (PR) di Malaysia.

Dalam pada itu, jelas Shah lagi, dia kini berulang alik menggunakan pas residen (RP), dimana dia boleh keluar masuk Malaysia ke Singapura setiap lima tahun.

"Awal-awal dulu saya nak keluar masuk Malaysia terpaksa melalui proses cop pasport dan sebagainya.

"Tapi sekarang ini saya pemegang status 'Resident Pass' atau RP, dengan pas itu memang kita boleh keluar masuk Singapura Malaysia setiap lima tahun," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: