11 June 2024

"MUKA BANYAK IKUT PAPA (UBAI) DIA, TAPI DAGU TETAP MILIK MAMA" - SHILA AMZAH TAYANG WAJAH ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA SELEPAS GENAP SEBULAN



"Assalamualaikum aunty and uncle 👀 Hari ni (9 Jun 2024) genap @rheaakiraa sebulan. Doakan Rhea jadi anak yang solehah ya 🥰

"Gambar tutup mata gambar latest nak 4kg dah. Gambar sebelah tu baru lahir 2.84 Kg. Muka banyak ikut papa dia @ubaimz, tapi dagu tetap milik mama 👻."

Itulah tulis penyanyi Shila Amzah yang akhirnya mendedahkan wajah anak keduanya, Rhea Akira buat tatapan umum, selepas sebulan melahirkannya.

Shila yang berkongsi wajah anak perempuannya itu menerusi perkongsian di Instagram, turut meminta orang ramai mendoakan Rhea menjadi anak yang solehah, selain berkongsikan berat anaknya itu kini sudah mencecah 4 kilogram.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, dalam perkongsian berkenaan, Shila juga berkata, anak perempuannya itu banyak mengikut wajah suaminya, pempengaruh media sosial iaitu Ubai MZ, namun dagu Rhea saling tidak tumpah sepertinya.

"Muka banyak ikut papa dia @ubaimz, Tapi dagu tetap milik mama," tulisnya.

Untuk makluman, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2021. Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Selain Rhea, Shila turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Seth Uwais, 5 tahun, hasil daripada perkahwinan terdahulu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: