11 June 2024
FATIN AFEEFA MINTA NAFKAH ANAK NAIK 6 KALI GANDA - ADAM SHAHZ BERSIKAP TENANG : "SAYA CUBA MEMBELA DIRI SUPAYA APA YANG DIMINTA ADALAH AM4UN YANG WAJAR"
"Pihak plaintif (Fatin Afeefa) tuntut nafkah anak, saya bayar tapi mungkin ada bahagian yang dia rasa tak cukup. Sekarang perkara itu masih dalam proses mahkamah.
"Fatin minta RM3,000 sebulan berbanding sebelum ini hanya RM500. Buat masa ini saya tiada apa nak cakap sebab mungkin ada satu jumlah yang dia perlukan. Saya cuba membela diri supaya apa yang diminat adalah am@un yang wajar."
Demikian ujar pelakon Adam Shahz yang bersikap tenang apabila bekas isterinya, Fatin Afeefa memfailkan permohonan untuk menaikkan nafkah anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia, enam kali ganda.
Kata Adam, bekas isterinya itu meminta jumlah tersebut dinaikkan kepada RM3,000 sebulan dari RM500 yang dibayarnya kini.
Sebelum ini, Fatin memberitahu, Adam tidak mencul@s membayar nafkah tetapi enggan membayar yuran persekolahan anak perempuan mereka sebanyak RM3,000.
Dalam pada itu, Adam turut menafikan dakwaan dia mahu menjual motosikal berkuasa tinggi miliknya kerana mengal@mi kes£mpitan wang sebaliknya mahu menukar motosikal lain.
"Mungkin sampai masanya saya beli motosikal lain dan tak semestinya saya nak jual sesuatu barang hanya disebabkan perlukan duit," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment