11 June 2024
REDA HASRAT NAK ANJUR MAJLIS BABY SHOWER, AQIQAH BELUM KESAMPAIAN - JANNA NICK & SUAMI SABAR NANTIKAN KEHADIRAN ANAK : "TIADA APA LAGI YANG SAYA NAK KEJAR SELAIN MENJADI SEORANG IBU"
"Majlis di hotel ini sepatutnya menjadi majlis resepsi kami pada tahun lalu. Kami dah buat pembayaran penuh dan baju juga dah siap sejak tahun lalu.
"Tapi kami tangguhkan dulu kerana kami sangat hargai majlis perkahwinan pertama. Kami rasa tak perlu ada majlis kedua. Bila dah bayar tak boleh minta wang kembali.
"Kami tangguh dengan harapan akan jadi majlis baby shower atau aqiqah, tapi hampir setahun menanti kehadiran zuriat kami belum dikurniakan rezeki lagi."
Demikian jelas pelakon Janna Nick yang memberitahu, majlis yang diadakan pada Ahad lalu sudah tert@ngguh sejak setahun lalu dengan harapan ianya akan menjadi majlis baby shower dan aqiqah untuk cahaya mata mereka.
Kata Janna, dia dan suaminya yang juga pelakon, Dini Schatzmann sudah lama mengimpikan kehadiran anak, namun masih menantikan rezeki itu.
Tambahnya, dia dan suaminya itu reda apabila impian untuk mengadakan majlis kesyukuran menyambut kehadiran cahaya mata selepas setahun mendirikan rumah tangga tidak kesampaian.
Difahamkan, majlis resepsi kedua pasangan selebriti itu diadakan sempena sambutan ulang tahun pertama perkahwinan mereka, dimana ia berlangsung di sebuah hotel mewah di Putrajaya, kelmarin.
Sementara itu, ujar Janna, dia berharap dengan kehadiran keluarga serta rakan dalam majlis tersebut dapat sama-sama mendoakan agar dia dikurniakan cahaya mata.
"Saya memang nak timang anak secepat mungkin kerana saya sudah mencapai segala yang diinginkan dalam karier seni dan kehidupan saya. Tiada apa lagi yang saya nak kejar selain menjadi seorang ibu.
"Bila kami adakan majlis resepsi kedua ini, para tetamu yang hadir akan sama-sama mendoakan kehadiran malaikat kecil dalam perut saya.
"Dalam ramai-ramai tetamu yang hadir, kita tak tahu doa siapa yang akan diangkat. Kami sangat bersyukur bila tetamu yang hadir turut doakan zuriat kami. Itulah perkara yang kami nak sangat," tuturnya.
Dalam pada itu, Dini berkata, sebagai suami dia selalu mengingatkan isterinya itu supaya tidak putus harapan dan teruskan berdoa agar dikurniakan zuriat.
"Alhamdulillah ramai yang mengaminkan doa kami apabila menyebut mengenai nak timang anak. Memang itu adalah sal@h satu keinginan kami sekarang.
"Tapi dalam waktu sama kami selalu mengingatkan satu sama lain supaya jangan putus harapan dan teruskan berdoa serta perlu percaya kepada perancangan Allah SWT kepada hamba-Nya.
"Siapa tahu dalam ratusan tetamu yang hadir pada majlis resepsi kedua ini ada doa yang diangkat dan kami dikurniakan cahaya mata," ujarnya.
Pada majlis resepsi kedua pasangan itu, ramai selebriti hadir yang memeriahkan acara tersebut seperti Erma Fatima, Nora Danish, Ummi Nazeera, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Diana Danielle, Emma Maembong, Nazim Othman, Keith Foo, Puteri Sarah Liyana dan Sherry Alhadad.
Untuk makluman, Dini dan Janna melangsungkan perkahwinan di sebuah resort mewah di Langkawi pada 10 Jun, tahun lalu.
Majlis tertutup itu menyaksikan Janna menerima mas kahwin sebanyak RM2,703 sebagai simbolik tarikh perkenalan mereka 27 Mac 2019.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment