11 June 2024

TAK JADI KAHWIN, DATUK NOORA DEDAH DIA & AZRI ISKANDAR TAK SERASI - ELLIE SURIATY TAMPIL ULAS - "HANYA KERANA BERPANGKAT DATUK, SEMUA KENA IKUT TELUNJUK... JANGAN CAKAP TIDAK SERASI, TAPI KATA TIADA JODOH"



"Apa yang saya boleh cakap memang kami dah putus akhir Mei lalu. Saya percaya aj@l, maut dan jodoh semuanya ketentuan Allah. Selepas berkawan dengannya saya rasa tiada keserasian antara kami."
Demikian jelas usahawan, Datuk Noora Kay yang mengesahkan hubungannya bersama pelakon Azri Iskandar sudah pun berakhir pada hujung Mei lalu serta mendedahkan punc@ perpisahan mereka disebabkan mereka tidak sesasi sebagai pasangan hidup.

Nampaknya hasrat pelakon Azri Iskandar untuk menamatkan zaman duda tidak kesampaian apabila hubungannya dengan Datuk Noora Kay sudah pun berakhir.

Dalam pada itu, Datuk Noora berkata, Azri menerima baik keputusan untuk berpisah serta mengekalkan hubungan sebagai kawan.

"Abang Azri seorang yang sangat baik. Bila saya beritahu yang saya rasakan kami tak serasi, dia boleh teirma dengan terbuka. Walaupun dah berpisah, kami masih mengekalkan hubungan baik. Buat apa nak berg@duh, kami bukan budak-budak muda lagi," ujarnya.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, bekas isteri Azri iaitu pelakon Ellie Suriaty tampil menafikan bekas suaminya dan Datuk Noora berpisah kerana tiada keserasian serta memberitahu persiapan perkahwinan telah pun dibuat.

Kata Ellie, pihaknya meminta untuk men@ngguh tarikh majlis disebabkan kesibukan jadual penggambaran Azri dan mendakwa Datuk Noora mahu semua perbincangan mengikut kehendaknya.

"Mewakili pihak lelaki kami minta tangguh kerana tidak mahu buat majlis dalam keadaan tergesa-gesa. Keluarga juga menasihatkan agar majlis perkahwinan dibuat dalam keadaan tenang dan tidak terbvru-bvru kerana menganggap perkahwinan itu satu detik yang sangat bermakna.

"Pada saya Datuk Noora Kay tidak sabar dan mahu semua perbincangan ikut kehendak dia termasuk dalam semua perbincangan. Pada saya itu bukan orang matang dalam perbincangan," tuturnya.
Dalam pada itu, Ellie juga mendedahkan Datuk Noora sendiri yang membuat keputusan untuk mengakhiri hubungannya dengan Azri.

"Hanya kerana berpangkat Datuk, semua kena ikut telunjuk. Jangan cakap tidak serasi, tapi kata tiada jodoh," kata Ellie yang dalam masa sama turut meminta netizen tidak meng@itkan dirinya, selain meminta untuk berbaik dengan bekas suaminya kerana dia sudah menganggap Azri sebagai saudaranya sendiri.

"Kami sudah menjalani kehidupan berumah tangga selama 19 tahun, jadi tolong beri kami ruang. Tidak semestinya perceraian itu membuatkan kita perlu bermusvhan dan berg@duh," ujarnya.

Terdahulu, Ellie berkongsikan sudah pun berjumpa dengan kekasih bekas suaminya itu, selain menyifatkan kekasih Azri seorang yang mempunyai kecantikan luaran serta dalaman.

Dalam masa sama, Ellie atau nama penuhnya, Ellie Suriaty Omar, turut mendoakan agar urusan bekas suaminya itu dan Datuk Noora ke fasa seterusnya dipermudahkan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: