11 June 2024

SELEPAS LAHIRKAN ANAK KEDUA - DAYANA ROZA BERHASRAT KEMBALI AKTIF DALAM BIDANG LAKONAN, TER0KA BIDANG PENGACARAAN



"Saya bersedia untuk kembali aktif berlakon. Usia anak kedua ini juga sudah masuk enam bulan. Jadi, bolehlah saya meneruskan kerjaya ini."
Itulah kata pelakon Dayana Roza, dimana dia berhasrat untuk kembali aktif dalam bidang lakonan, selepas melahirkan anak kedua.

Dayana yang bersalin hujung Disember lalu itu dalam masa turut meluahkan rasa syukur kerana mendapat 'lampu hijau' daripada suaminya, A'dale Adham Ayahudin untuk kembali aktif berlakon.

Tambah Dayana lagi, dia juga gi@t melakukan senaman bagi mendapatkan bentuk badan seperti sebelum hamil dulu.

"Syukur kerana suami juga memahami minat saya dan tidak menghal@ng saya untuk aktif berlakon. Cuma, saya sendiri perlu tahu batas bersesuaian dengan status saya sebagai isteri dan juga ibu.

"Bidang lakonan memang minat saya sejak dulu. Jadi, buat masa ini saya terbuka untuk menerima tawaran yang bersesuaian dengan status saya. Bukan apa, tak boleh juga untuk meninggalkan anak terlalu lama dan begitu jauh," tuturnya.

Selain itu, Dayana yang mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2020, turut berhasrat mahu mener0ka bidang pengacaraan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

"Saya pernah menjadi pengacara sebelum ini, namun lebih mengutamakan tawaran dalam bidang lakonan. Jika diberikan peluang, saya ingin kedua-dua bidang ini. Mencab@r diri untuk mencuba sesuatu yang baru dan keluar dari z0n selesa," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: