12 June 2024

TUNAI HASRAT ARWAH SUAMI - INA NAIM BUKA KEDAI DOBI



"Selain berniaga kopi, sabun dan koko, Alhamdulillah Allah izinkan saya tidak perlu pergi ke dobi. Saya sendiri sudah membuka dobi. Jadi jangan tanya mesin basuh mana.
"Ini mesin basuh banyak. Selepas ini jangan tanya lagi. Jangan cakap suami saya tidak beli mesin basuh, tidak beli itu, tidak beli ini.

"Saya sekarang sudah buka dobi di kampung. Sejak 2009 lagi awah memang sudah bercita-cita untuk membuka kedai dobi di kampung ini."

Demikian kata Ina Naim, dimana isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad itu berkongsikan, dia kini menjalankan perniagaan dobi di kampungnya, Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Menerusi sesi live di TikT0k, Ina memberitahu, ia adalah impian arwah suaminya untuk membuka kedai dobi serta meminta segelintir individu yang mem£rlinya untuk membeli mesin basuh untuk membasuh pakaian.

Jelas Ina lagi, dia menggunakan wang peninggalan arwah suaminya itu sebagai modal perniagaan, selain meluahkan rasa syukur apabila perniagaan dobinya itu tidak putus rezeki.

"Duit r0yalti arwah saya tidak guna sewenang-wenang untuk berseronok. Tetapi saya membuka dobi kerana duit itu akan sentiasa berkembang. Saya membuka dobi ini selepas arwah meninggal, Alhamdulillah rezeki tidak putus terutamanya ketika musim hujan.

"Ada sahaja orang hantar baju termasuk pihak masjid yang menghantar sejadah dan telekung. Ada juga sekolah yang menghantar alas meja guru dan langsir untuk dibasuh," ujarnya.

Untuk makluman, Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada November tahun lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akib@t jangk1tan kum@n di paru-paru.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: