10 June 2024

ROSYAM NOR JELAS DIA TIDAK PERNAH SIMPAN PERASAAN TERHADAP NASHA AZIZ, SEDAR STATUSNYA SEBAGAI SUAMI : "BINI AKU LAGI LAWA DARI NASHA AZIZ"



"Aku jatuh cinta dengan dia, dalam filem kena jatuh cinta. Luar filem, aku kawan dengan dia. Bini aku lawa, kau tak kenal bini aku. Bini aku lagi lawa dari Nasha Aziz."
Itulah ujar pelakon Datuk Rosyam Nor yang menjelaskan, dia tidak pernah menyimpan perasaan terhadap pelakon Nasha Aziz, apatah lagi dia sentiasa sedar statusnya sebagai suami orang serta mengatakan isterinya lebih cantik dari Nasha.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji isteri kepada pelakon itu sememangnya memiliki rupa paras yang cantik.

Dalam pada itu, ramai yang mengagumi Rosyam yang sayang akan isterinya itu, malah mengatakan sejak dulu lagi pelakon itu tidak pernah terp@lit dengan g0sip.

Selain itu, Rosyam turut berkongsikan pengalamannya bekerjasama dengan Nasha dimana pelakon itu banyak membantunya dari segi pakaian untuk menjayakan filem 'Laila Isabela'.

Menerusi temu bual bersama penyampai radio DJ Nazz, Rosyam berkata, Nasha meminta bantuan untuk mengajarnya dalam lakonan.

"Masa kami buat filem itu, kami tak ada wardrobe sp£cific yang dijaga. Nasha kata, "tak apa, awak ajar saya berlakon, pakaian awak saya siapkan'.

"Dia kan model, dia tahu pasal fesyen. Aku bod0h, anak setingg@n mana tahu pasal fesyen. Selepas itu dia suruh aku beli baju dan dia tolong siapkan pakaian untuk setiap babak," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: