10 June 2024
AKUI BAHAGIA, SERASI BERSAMA - RIENA DIANA & KEITH FOO KINI JALIN HUBUNGAN ISTIMEWA
Pelakon yang popular menerusi watak Lailer dalam 'Kampung People' iaitu Riena Diana mengakui kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon Keith Foo.
Difahamkan, hubungan mereka baru saja terjalin sejak terb@bit penggambaran drama bersiri 'Salju Rindu' untuk siaran TV3.
Dalam pada itu, Riena memohon orang ramai untuk mendoakan agar hubungan cinta yang baru berputik kekal selamanya.
"Ya. Saya sudah temui kebahagiaan saya sekarang. Keith seorang lelaki yang baik dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain.
"Saya tahu mengenai statusnya (duda anak satu) dan ia bukan satu mas@lah untuk saya memandangkan kami sedang menguruskan perkara ini.
"Saya pun sudah berjumpa dengan anak dan keluarganya. Cuma kami baru saja berkenalan dan tak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang.
"Saya enggan terlalu memikirkan soal perhubungan ini, sebaliknya saya serahkan kepada takdir. Doakan yang terbaik buat kami," katanya.
Sementara itu, Keith pula berkata, Riena memiliki ciri-ciri wanita idaman yang diimpikannya dan mereka mempunyai banyak persamaan.
"Hubungan kami berputik tanpa sengaja. Kami pun tak jangka perkenalan kami akan sejauh ini.
"Cuma saya nampak keserasian kami semakin kuat sehingga kedua-duanya pun rasa macam tak percaya apa yang kami lalui ini.
"Apa yang boleh saya katakan Riena memiliki ciri-ciri wanita yang saya inginkan. Dia membuktikan saya masih ada ruang untuk jatuh cinta semula.
"Sesuatu yang saya sendiri tak sangka akan berl@ku dalam hidup saya lagi, tapi ia berl@ku sekarang. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua," ujarnya.
Untuk makluman, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015, sebelum memutuskan untuk bercerai secara baik pada hujung 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Skylar yang kini berusia tujuh tahun.
Sementara itu, Riena pula mendedahkan hubungannya dengan kekasihnya, Nik Afiq berakhir pada penghujung tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment