10 June 2024

JOEY BPR KATA ARWAH PYANHABIB DORONG DIRINYA TERBIT BUKU SULUNG



Penyanyi Joey BPR (Bumi Putra Rockers) akhirnya membuka hati untuk menerbitkan buku sulungnya hasil galakan dan dorongan berterusan daripada Allahyarham Pyanhabib Rahman.
Jelas Joey atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, 63, arwah Pyanhabib mengirim pesanan kepadanya agar terbitkan buku kerana sayangkan bakat menulis yang ada padanya.

"Dia selalu baca tulisan saya di Facebook. Jadi dia minta saya buat buku supaya perkongsian ini tak hil@ng begitu saja dan dapat disimpan el0k-el0k semua itu.

"Saya cakap dengan dia, saya tak nak buat buku t@kut nanti penerbit edit semula bahasa dan ejaan diperbetulkan dah 'tak rock'. Tapi dia kata boleh brader. Lu punya buku lu punya suka la.

"Peristiwa itu berl@ku pada tahun lepas. Dia selalu mesej saya berbual lama beritahu itu ini, beri nasihat dan selalu doakan yang terbaik untuk keluarga saya," katanya.

Dalam pada itu, Joey turut berkongsi kisah dimana semasa BPR mengadakan konsert di Ipoh, Pyanhabib ada bersama dan mengejarnya tetapi dia tidak menyedari perkara ini.

"Isteri saya beritahu perkara ini. Pyanhabib nak bergambar dengan saya dan ia buat saya terk£jut. Dia kata dia peminat saya. Pada saya okeylah kerana saya yang s£gan dengan dia.

"Pada saya pemergian dia amat meng£jutkan kerana dia nampak sihat. Cuma jujurnya saya susah nak berbual dengannya sebab saya kurang faham percakapan dia.

"Bila dia hantar mesej di Facebook rasa mudah sikit berkomunikasi. Dia memang menggalakkan saya terbitkan buku cuma saya mal@s sahaja. Saya tulis suka-suka sahaja di Facebook," ujarnya.

Sementara itu, bercerita berkenaan bukunya, Joey berkata, dia hanya menyalinnya dari tulisannya di Facebook, selain menambah cerita baru.

"Saya nak hasilkan dalam 100 hingga 200 episod di mana setiap cerita ada episodnya seperti kisah Bob Lokman dan Ali Bakar.

"Saya juga nak print buku kulit tebal. Sesiapa sudi bekerjasama dengan saya amat dialu-alukan. Dah lebih 100 orang buat pre order dan bayar. Insya Allah buku ini boleh jadi 'best seller'.

"Anggaran harga jualan senaskhah ialah RM200. Buku ini banyak isinya dan berkualiti tinggi. Saya berniat untuk sedekah sebahagian wang jualan kepada keluarganya kerana arwah yang paksa saya buat buku," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: