17 June 2024

"SAYA SUKA ORANG YANG BOLEH BUAT SAYA KETAWA, BAIK, GEMBIRAKAN SAYA" - AMELIA HENDERSON BERHARAP DAPAT JUMPA LELAKI YANG HARGAI DIRINYA



"Saya tak pernah fikir sangat pasal benda (paras rupa) tu, sebab saya rasa isi hati tu lagi bertah@n daripada rupa, penampilan saya yang sebegini pun tidak akan kekal buat selama-lamanya.
"Tidaklah berupa sangat cuma saya berharap dapat jumpa seorang yang boleh hargai saya dan bukan dia minat sebab rupa saya tapi sebab isi hati saya."

Itulah kata pelakon Amelia Henderson yang berpendapat rupa paras bukan ciri yang menjadi keutamaannya dan berharap dapat bertemu dengan seseorang yang boleh menghargai dirinya.

Umum sedia maklum mengenai hubungan cinta Amelia dan pelakon Aedy Ashraf, dimana ia sudah pun berakhir, selepas Amelia menjelaskan, dia dan Aedy tidak lagi menjalin hubungan cinta dan kini hanya berkawan.

Tambah Amelia kagi, 'masa' antara sebab hubungannya dengan Aedy berakhir, namun mereka tidak mengeluarkan kenyataan kerana hormat satu sama lain.

Dalam pada itu, ditanya mengenai ciri-ciri lelaki yang diminati, Amelia memberitahu, dia mahukan seseorang yang boleh membahagiakan dirinya.

"Saya suka orang yang boleh buat saya ketawa, baik, gembirakan saya. Apa yang penting untuk sekarang ini saya bukan mencari relationship, saya mencari rezeki untuk bekerja," tuturnya.

Selain itu, Amelia turut memaklumkan, dia masih lagi belum bersedia untuk menerima sesiapa sebagai teman istimewa dalam masa terdekat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: