16 June 2024

SEWA RUMAH TERTUNGG4K - DHARMA HARUN KUSUT NAK BAYAR : "IA SATU PERKARA YANG AMAT MEMB£BANKAN & BUAT SAYA TERT£KAN MEMIKIRKANNYA"



"Saya memang tiada kerja. Kalau ada tawaran berlakon tiada mas@lah untuk saya bayar sewa dan tungg@kannya. Ia satu perkara yang amat memb£bankan saya dan buat saya tert£kan memikirkannya.



"Kami diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk menjelaskan tungg@kan sewa. Jika tidak, kami terpaksa keluar. Dalam masa sama, anak-anak pula nak duduki peperiksaan hujung bulan ini.

"Sedikit sebanyak ia buat saya susah hati dan hilang selera makan," kata pelakon filem 'Adik Manja' era 1980-an iaitu Dharma Harun Al-Rashid, 68, dimana dia meluahkan kebimb@ngan apabila terpaksa keluar dari rumah yang disewa berikutan mempunyai tungg@kan sewa mencecah RM7,500.

Difahamkan, Dharma yang juga popular menerusi filem 'Sikit Punya Gila' itu kini men@nggung dua anak iaitu Siti Qurratu Aini, 36, dan Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, yang masih menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menampung hidup.

Dharma berkata demikian ketika ditemui pada sesi penyerahan sumbangan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez di kediamannya di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Presiden Karyawan, Radhi Khalid dan penyanyi legenda, Datuk Khatijah Ibrahim yang juga ahli Karyawan.

Pada Februari lalu, Dharma menerima kunjungan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahmad Farhan Fauzi sempena Program Ziarah Madani.

Ketika kunjungan tersebut, pelakon itu turut menerima bantuan berupa barangan keperluan dan wang tunai.

Pada 2019, Dharma telah mengal@mi ser@ngan angin ahmar sehingga menyebabkannya suk@r bertutur dengan lancar.

Bukan itu sahaja, malah pelakon itu juga berhad@pan situ@si sus@h untuk mengingati apa-apa berikutan kesuk@ran bercakap itu termasuk menghid@p asma.

"Syukur ingatan dan percakapan saya kini semakin pulih apabila saya menghasilkan produk di bawah syarikat sendiri WWS Studios Sdn Bhd. Saya kena aktif bekerja dan berhasrat kembali aktif dalam karier seni sama ada mengarah atau berlakon," jelasnya.

Dalam pada itu, Dharma berkata, dia juga mengharapkan sebuah stesen TV menyelesaikan pembayaran terhadap program terbitan syarikatnya yang sudah mereka tayangkan.

"Mereka dah tayangkan program 13 episod ini pada 2022 dan 'rating'nya agak bagus. Tapi tiba-tiba mereka kata tiada wang untuk bayar saya. Program itu saya hasilkan dengan Dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebanyak RM300,000.

"Saya kemudian berusaha mencari penaja untuk program itu dan k0s keseluruhan ialah RM500,000 untuk 13 episod. Mereka mulanya setuju nak bayar saya RM312,000 tapi sekarang apa pun tiada.

"Kalau mereka dapat bagi separuh dari jumlah itu pun cukuplah untuk saya kembali bernafas. Terus terang cakap, saya hanya perlu sedikit duit saja, tak banyak pun tak apa," ujarnya.

Tambah Dharma lagi, jika ada pihak memberi sumbangan RM10,000 sekalipun, dia akan memanfaatkannya untuk membayar sewa rumah dan mencari jalan mencari rezeki.

"Saya tidak sangka perkara ini berl@ku kepada saya dan anak-anak. Kalau boleh, kami tidak mahu meminta-minta daripada sesiapa. Ini adalah pertama kali dalam hidup saya berlaku perkara seperti ini.

"Saya tak tahu hari begini akan datang walaupun dulu pelbagai filem sudah saya bintangi. Saya nak bercerita mengenai keadaan sekarang pun rasa malu sebab dulu saya bukan seperti ini.

"Apa saya perlukan ketika ini sumber pendapatan atau pekerjaan untuk menampung perbelanjaan harian. Saya sudah lihat bagaimana pelakon-pelakon lama lain yang berdepan kesusahan, jadi saya cuba elak untuk mendapat nasib sama, tapi Allah lebih berkuasa.

"Saya rancang macam mana sekalipun, tapi semuanya atas kehendak Allah, mungkin juga ini ujian untuk kami sekeluarga," tuturnya.

Sementara itu, jelas Freddie, Karyawan akan berusaha membantu Dharma menyelesaikan perkara ini termasuk berbincang dengan tuan rumah agar memberi masa sedikit lagi untuk Dharma tinggal di situ.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: