Pada jam 5.39 petang, semalam, penyampai radio iaitu Hefny Sahad telah pun selamat bernikah wanita pilihannya, Nur Atiqah, dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di sebuah hotel, di sini.
Berita pernikahan pasangan itu dikongsikan di Instagram rasmi stesen radio Sinar FM.
"Alhamdulillah penyampai radio Sinar FM, Hefny Sahad selamat bernikah bersama pasangan pilihannya, Nur Atiqah.
Klik untuk gambar besar
"Majlis pernikahan itu dihadiri oleh tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat," katanya.
Pada majlis pernikahan tersebut, Hefny menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment