30 June 2024

TERIMA SUMBANGAN RM10,000 - KELUARGA ARWAH YAZIT SEARCH UCAP TERIMA KASIH



Anak kepada pemain dram Search, Allahyarham Yazit Ahmad mewakili ibunya, Ramlah Ahmad telah hadir menerima sumbangan RM10,000 pada Konsert Search Gemuruh di Zepp Kuala Lumpur di sini, malam semalam.
Ia disampaikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi wakilnya Abdullah Izhar Mohamed Yusof sebanyak RM5,000.

Penganjur konsert, Big Stage Entertainment yang diwakili Shahriman Mohd Said dan Sandakiah Azez dan Penerbit Eksekutif Konsert Search Gemuruh, Zainudin Aziz dan Ketua Pemasaran, RedOne Mobile selaku penaja, Jemay Naim turut menyumbangkan sebanyak RM5,000.

"Saya mengambil kes£mpatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua peminat Search, tak kira Search yang mana satu.

"Teruskan berjuang dan untuk Kid dan Din dan juga semua peminat Search doakan yang baik-baik untuk mereka anjurkan dan saya ucapkan terima kasih kerana sentiasa berada di belakang arwah bapa saya dahulu. Terima kasih semua dan 'keep on r0ckin'," tutur anak arwah Yazit.

Terdahulu, penganjur terlebih dulu memainkan video menerusi segmen penghormatan terhadap Allahyarham Yazit, sekali gus menjadikan suasana di dalam Zepp, sunyi seketika.

Untuk makluman, Yazit meninggal dunia pada usia 57 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, pada 26 September 2019.

Allahyarham dilapor dimasukkan ke wad kec£masan HKL selepas meng@du s£sak nafas dan sebaik tiba di hospital, jantungnya terhenti dan diberi bantuan pernafasan (CPR).

Dalam Konsert Search Gemuruh yang diadakan malam semalam, Amir Masdi ditampilkan sebagai penyanyi utama yang dihadiri oleh 2,000 peminat ini.

Konsert Search Gemuruh menampilkan Din dan Kid sebagai teraju utama bersama Rozaimi (bass) dan Minn (drum).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: