30 June 2024

ENGGAN KONGSI PENY4KIT NEDIM NAZRI - NORA DANISH JELAS BELUM FIKIR PENGGANTI, TUTUP AURAT SEBAB JAGA BEKAS SUAMI



"Nedim sekarang berada dalam tempoh penyembuhan. Saya tidak boleh kongsikan maklumat mengenai peny@kitnya. Itu adalah hal peribadi bagi pihak keluarga bekas suami."
Demikian ujar pelakon Nora Danish, 42, yang berkongsi perkembangan terkini bekas suaminya, Nedim Nazri, namun enggan memberitahu butiran mengenai peny@kit dihad@pinya sehingga terpaksa masuk Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dalam pada itu, ditanya pula mengenai imej terbarunya yang memakai tudung itu, Nora berkata, ia adalah bagi memudahkan dia beribadah.

Jelas Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif, dia ingin solat serta mengaji dengan senang ketika berada di hospital menjaga bekas suaminya.

"Saya sebenarnya mahu berkongsi mengenai penampilan saya kerana ramai yang menc£tuskan tanda tanya. Seperti semua sedia maklum, Nedim sekarang di hospital dan saya menjaganya.

"Jadi, saya pakai pakaian yang senang untuk terus mengerjakan solat. Dalam masa sama, saya juga mengaji. Jadi, senang untuk memakai pakaian menutup aurat," tuturnya.

Sementara itu, Nora juga menafikan dirinya sudah ada keinginan untuk mencari suami selepas berkongsi video dalam Instagram mengenai kisah seorang lelaki yang mahu isterinya taat perintah Tuhan dengan mendirikan solat.

"Saya baru saja bercerai dan masih dalam idah. Saya pun tidak mencari suami dalam masa terdekat. Perceraian saya pun bukan sebab mahu mengahwini orang lain.

"Saya tidak mahu orang berfikiran mengenai itu (mahu cari suami soleh)," kata Nora yang baru-baru ini berkongsi fotonya berhijab, selain turut memuat naik video yang mengetengahkan mesej seorang suami harus membimbing isteri ke jalan Allah.

Terdahulu, Nora dan Nedim bercerai secara baik. Perceraian itu menyusul selepas Nora memaklumkan rumah tangga yang dibina sejak 2017 sedang berg0lak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: