30 June 2024

BILA CHE TA INGATKAN WANITA RAJIN JAGA PENAMPILAN : "TUNGGU KENA TINGGAL DENGAN LAKI BARU BERIA-RIA BERSIAP..."



"Orang perempuan kena rajin sebab itu kalau kita tengok p0ndan bukan main cantik lagi. Sebab p0ndan lagi rajin daripada perempuan.
"Orang perempuan bertambah-tambah dah berlaki (bersuami) tu, punya senang hati tak kisah tak sedar diri.

"Tunggu kena tinggal dengan laki baru beria-ria bersiap, baru nak kempiskan perut, baru nak bertumit tinggi."

Itulah kata pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta, dimana dia mengingatkan wanita diluar sana sentiasa menjaga penampilan agar kelihatan menarik di mata pasangan masing-masing.

Che Ta berkata demikian menerusi satu video dikongsikan di TikT0k, turut memberitahu, kaum wanita tidak boleh kal@h dengan lelaki menyerupai wanita (p0ndan) dan golongan tersebut sememangnya rajin untuk kelihatan cantik.

Selain itu, Che Ta juga berpesan kepada wanita untuk menjaga kecantikan diri, meskipun sibuk serta bersel0roh mengatakan biar golongan p0ndan c£mburu melihat penampilan kita.

"Kita kena nombor syatu biar p0ndan ir1kan dengan kita. Adik-adik jangan terasa tau. Kita tahu p0ndan ni memang rajin 'all 0ut', ber@ni m@ti.

"Orang perempuan macam gitulah, kadang-kadang tak cuci muka. Kata lupa, penat nak cuci muka. Jangan lupa ya," ujarnya.

Perkongsian Che Ta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat pelakon itu.

Bukan itu sahaja, malah ada yang mengatakan penampilan tidak menjanjikan apa-apa kerana jika lelaki mahu cur@ng, mereka akan tetap melakukannya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: