30 June 2024

NORA DANISH MELAWAT, PANJAT DOA - NEDIM NAZRI : "DOA LEBIH SIKIT MOMMY, SEMOGA DADDY KUAT UNTUK PERCUTIAN ANAK ANAK"



Semua sedia maklum mengenai bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri dimana dia baru-baru ini telah dimasukkan ke sebuah hospital selepas bercerai.
Perceraian bukan alasan untuk Nora dan Nedim bermusuh. Sebaliknya, Nora mendoakan agar bekas suaminya itu untuk terus kuat.

Difahamkan, Nedim menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), namun tidak pula diketahui dia sedang berd£pan s@kit apa.

Terbaru, melalui story di Instagram Nedim, dia berkongsi gambar Nora yang sedang berdoa selepas selesai solat.

Dalam perkongsian itu, Nedim meminta doa dari bekas isterinya supaya kuat demi percutian dengan anak-anaknya.

"Doa lebih sikit mommy. Semoga daddy kuat untuk percutian anak-anak," katanya.

Klik untuk gambar besar
Tambah Nedim, bekas isterinya itu juga setia menemaninya di hospital dan digelar sebagai jururawat dan teman g@duh.

"Alhamdulillah, jururawat berg@duhku telah sampai," tutur Nedim yang dilihat gembira melihat bekas isterinya itu datang melawatnya.

Sementara itu, Nedim dilihat ada berkongsi foto Nora memakai hoodie dan berhijab, dimana ia mendapat perhatian ramai yang mendoakan agar pelakon itu terus istiqamah dalam berhijab.

Menerusi hantaran tersebut, Nora juga dilihat manis bertudung yang ramai netizen membuat sp£kulasi pelakon tersebut sudah berhijab.

Terdahulu, Nora dan Nedim sah bercerai di Mahkamah Syariah Wiliyah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas 7 tahun bersama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: