21 June 2024

"TAK HABIS-HABIS BERCERITA MENGENAI BEKAS SUAMI SAYA... ITU KEHIDUPAN SAYA & MEREKA TIADA HAK UNTUK MENENTUKAN SIAPA JODOH SAYA... NAMA SAYA FAUZIAH, JADI JANGANLAH PANGGIL AZURA ATAU ASMIDAR" - OGY AHMAD DAUD



Pelakon Fauziah Ahmad Daud kini difahamkan mengambil keputusannya untuk tidak lagi aktif melakukan siaran langsung di TikT0k selepas menerima pelbagai komen daripada pengguna ak@un itu yang masih mengharapkan dia dan bekas suaminya yang juga pelakon, Eman Manan kembali bersama.
Kata Fauziah atau mesra disapa Ogy, dia kini sudah menemui jalan kehidupan yang indah dan memiliki pri0riti untuk membesarkan anak perempuannya, Nur Aminah Aishah, 16.

"Tidak bermakna saya belum bernikah lagi, saya masih menantikan dia. Saya tidak menunggu sesiapa pun. Jujur saya sudah jarang 'live' di TikT0k. Saya tak gemar apabila mereka tak habis-habis bercerita mengenai bekas suami saya. Itu kehidupan saya dan mereka tiada hak untuk menentukan siapa jodoh saya.

"Saya tak suka apabila di ruangan komen ada soalan-soalan fitn@h mengenai saya akan bersama semula dengan dia. Itu semua fitn@h. Kalau Allah takdirkan saya untuk bernikah lagi, saya akan maklumkan supaya hal ini tidak timbul fitn@h.

"Kalau orang tanya sama ada saya nak berkahwin lagi, saya tidak fikir ke arah itu tapi soal jodoh ini adalah kerja Tuhan," ujar Ogy yang turut memberitahu, dia juga kurang selesa apabila setiap kali dia melakukan siaran langsung di TikT0k bagi menjual pr0duk makanannya, ramai yang memanggilnya dengan nama watak yang dilakonkan dalam filem.

"Benar filem-filem yang saya bintangi sangat ik0nik dan saya bersyukur ramai yang masih menonton filem itu. Tetapi saya juga manusia biasa dan tak suka orang memanggil saya dengan nama lain. Nama saya Fauziah, jadi janganlah panggil Azura atau Asmidar. Nama saya ini adalah pemberian kedua ibu bapa saya.

"Jadi tolong hormat. Saya tidak akan menyahut soalan mereka apabila memanggil saya dengan panggilan nama watak yang saya bintangi. Saya menghargainya tetapi saya nak teruskan hidup sebagai individu yang bernama Fauziah. Mereka tak boleh samakan watak itu dengan diri saya kerana ia sangat berbeza," katanya.

Untuk makluman, Ogy berkahwin dengan Eman Manan pada 1990. Mereka bernikah ketika masing-masing berada di punc@k kerjaya mereka.

Bagaimanapun tugu cinta yang dibina atas dasar cinta hanya bertahan selama 12 tahun apabila Eman melafazkan cerai pada 2 Julai 2003 di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: