21 June 2024

SEKALI LAFAZ - REDZA ROSLI KINI BERGELAR SUAMI BELLA HANNA



Pada jam 4.05 petang, di sini, hari ini, pelakon Redza Rosli, 32, kini telah pun selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang juga pelakon, Bella Hanna, 28, dengan hanya sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Rosman Abdullah dengan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Qaryah Masjid Taman Rakan Cheras Mohamad Mustakim Sarmuji.

Dalam majlis tersebut, Redza atau nama sebenar, Ahmad Redza Rosli, menyerahkan mas kahwin RM3,000 beserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh daripada pihak perempuan. Manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

Kata Redza, dia melamar Bella atau nama sebenar, Farhana Nabila Rosman, menjadi isteri sejak dua bulan lalu, selepas mereka saling mengenali dan berkawan sejak beberapa tahun lalu.

"Kami sudah kenal lama sebagai kawan. Apabila hubungan itu serasi, kami cuba untuk terus bersama dan bawa ia ke fasa lebih s£rius. Kalau boleh memang tak nak berkawan lama-lama.

"Sepanjang perhubungan ini, kami tidak ada fasa seperti 'decl@re' sebagai pasangan kekasih. Ia berjalan secara semula jadi saja. Sampai satu tahap, saya terus bertanya pada Bella adakah dia s£rius.

"Selepas itu, saya terus bawa dia pergi beli cincin. Ketika itu kami saling meluahkan perasaan. Bagi saya, apa yang penting adalah sudah mengenali hati budi," tuturnya.

Kongsi Redza lagi, persiapan mengadakan majlis perkahwinan mereka dibuat dalam tempoh yang singkat.

Klik untuk gambar besar

"Segala persiapan majlis ini dibuat ketika saya menjalani penggambaran drama 'Dedaun Hijau Di Angin Lalu'. Ketika itu juga kami pergi kursus kahwin.

"Saya memang tidak berkongsi kepada sesiapa atau di media sosial. Malah, sepanjang perhubungan ini pun tak pernah muat naik gambar. Sebabnya, saya berasakan ia tak perlu. Lagi pula, ketika itu masih dalam fasa perhubungan yang belum ada sebarang ketetapan.

"Namun, apabila semuanya sudah pasti dan ditetapkan baharulah saya berbesar hati untuk berkongsi kepada semua. Dalam Islam pun kata, pernikahan tidak boleh dijalankan secara sembunyi dan sebaiknya perlu dihebahkan," katanya.

Selain itu, ditanya pula mengenai tanggungjawab baharu sebagai suami, Redza yang juga pelakon drama 'Wanita Syurga' itu menyifatkan ia bukan tugas mudah.

"Perkahwinan yang dibina selepas lafaz akad nikah yang sah ini tidak sama dengan berlakon. Walaupun saya sudah banyak kali melakonkan babak kahwin, ia berbeza. Ini sebuah rasa yang lain.

"Apabila selesai akad, segalanya sudah menjadi tanggungjawab saya yang mana ia bukan tugas mudah. Malah, di sebalik tanggungjawab itu, perlu ada keikhlasan agar kehidupan baharu yang dibina ini berlangsung dengan baik dan mendapat keredaan Allah SWT," ujarnya.

Untuk makluman, Redza dan Bella pernah berlakon bersama menerusi drama 'Luruhnya Bunga Cinta' musim pertama yang ditayangkan di slot Akasia TV3, tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: