21 June 2024

TIMANG ANAK KETIGA SEMINGGU LALU - SHAHZ JASZLE & ISTERI PILIH NAMA 'AURORA JANE'



Pelakon Shahz Jaszle memaklumkan, isterinya, Nur Hanis Husna telah pun selamat melahirkan anak ketiga mereka yang merupakan bayi perempuan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di sini, seminggu lalu.
Shahz atau nama sebenarnya, Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 36, yang meluahkan rasa syukur atas kelahiran itu turut berkongsi, dia dan isterinya memilih nama Aurora Jane untuk anak ketiga mereka.

Kata Shahz, kehadiran Aurora Jane melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangganya itu, selain juga memberitahu, isterinya itu melahirkan bayi perempuan mereka lebih awal dari tarikh 17 Jun yang dijangka oleh doktor pakar yang merawatnya.

"Saya tengah 'sh00ting' (penggambaran) drama bersiri 12 episod 'Senyawa' arahan Eyra Rahman (Eyra) bila isteri hubungi beritahu 'stand by' sebab dia dah nak bersalin.

"Terima kasih kepada pengarah, Eyra yang faham dan benarkan saya pulang ke rumah untuk menemani isteri di wad bersalin ketika itu.

"Alhamdulillah, selepas bertarung selama enam jam, akhirnya isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami," tuturnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai anak lagi, Shahz menjelaskan, mereka memang sudah sedia untuk menambah anak selepas isteri mengalami keguguran kira-kira dua tahun yang lalu.

"Kami merancang untuk memiliki empat anak tetapi isteri pula mengal@mi keguguran sebelum ini. Anak sulung kami sudah berusia sembilan tahun dan yang kedua berusia tujuh tahun.

Jadi jarak usia anak nombor tiga ini dengan anak kedua ialah tujuh tahun," ujarnya yang turut mengakui, dia dan isterinya itu berasa agak kek0k kerana sudah lama tiada bayi di rumah.

"Kami juga terpaksa buat persiapan menyambut bayi perempuan ini dari awal semula kerana semua barangan dan kelengkapan anak sebelum ini sudah diberikan pada orang.

"Aurora juga dilahirkan dengan berat 2.7 kilogram dan isteri juga perlu menyusukannya dengan susu badan setiap dua jam," kongsinya.

Sebelum ini, Shahz berkongsi berita gembira isterinya itu selamat melahirkan anak ketiganya mereka kepada pengikut di laman Instagram (IG) miliknya, Sabtu lalu.

Dalam perkongsian itu, Shahz turut berkongsi perjalanan isterinya dari bayi mereka mula membuat pemeriksaan sehingga selesai proses bersalin.

"Syukur Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia baru sayangku Aurora," kata Shahz yang mendirikan rumah tangga bersama Nur Hanis Husna pada 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alana Jasmeen, 9; Ayden Jasreen, 7, dan Aurora Jane yang dilahirkan seminggu lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: