21 June 2024

INTAN MAYA & SUAMI, ZUL (2 BY 2) MASIH BERHASRAT NAK SEORANG ANAK KALAU ADA REZEKI



"Tak dinafikan selepas keguguran saya jadi t@kut untuk mengandung. Tapi keinginan itu ada. Jadi apabila betul-betul dah sihat dan kalau ada rezeki, memang kami nak seorang anak.
"Ini pun saya bersyukur dah lama tak s@kit. Tapi gangguan mist1k dan kej@dian mist£ri tetap ada macam sebelum ini.

"Tiba-tiba satu rumah b@u bangk@i bin@tang. Apabila saya buka mengaji, b@u itu pun hilang. Kadangkala masak nasi tiba-tiba b@si. Bila berl@ku macam ini saja, saya pasti j@tuh s@kit."

Demikian kata isteri kepada penyanyi dan komposer Zul (2By2), 52, iaitu penyanyi Intan Maya, 41, dimana dia dan suaminya itu masih berhasrat memiliki seorang cahaya mata sekiranya ditakdirkan mempunyai rezeki.

Intan Maya yang juga bekas anggota The Girls berkata, pengalaman dua kali keguguran memasuki tiga bulan kahwin sebelum ini tidak mematahkan semangatnya untuk memiliki anak hasil dari perkahwinan ini.

Untuk makluman, Intan Maya dan Zul berkahwin pada 22 Februari 2022 dan ia perkahwinan kedua mereka selepas kegag@lan perkahwinan pertama dengan pasangan masing-masing.

Mereka masing-masing mempunyai anak yang sudah meningkat dewasa di mana Intan Maya mempunyai empat anak, manakala Zul memiliki lima anak.

"Semasa keguguran dulu, abang Zul banyak beri kata-kata semangat dan sabarkan saya. Anak abang Zul semuanya dah dewasa dan anak kembar saya juga dah dewasa.

"Ada yang tingkatan dua dan paling kecil Darjah 5. Dialah yang sibuk minta adik. Anak-anak saya bukan jenis main dekat luar rumah. Mereka banyak habis masa dalam rumah.

"Saya sendiri memang tak ber@ni nak bagi anak-anak keluar walaupun dah besar. Jadi itu punc@ dia nak adik. Saya tak dapat cakap apa-apa kecuali minta dia bersabar tunggu rezeki.

"Yang lucunya, mereka kata dah atur jadual untuk jaga baby. Kami berdua hanya ketawa dengan gelagat mereka," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: