16 July 2024

ADIRA HARAP DATUK RED JAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN ANAK-ANAK : "IKATAN ITU JANGAN PERNAH PUTUS"



Penyanyi Adira Suhaimi yang juga bekas isteri kedua Datuk Seri Adnan Abu, 46, atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, menjelaskan, dia reda dan ikhlaskan semuanya, malah dia tidak pernah menyimpan dend@m dengan bekas suaminya itu.
Ujar Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 33, dia yang kini sudah selesai menjalani tempoh idah yang tamat semalam, berharap bekas suaminya itu sentiasa menjaga hubungan baik dengan anak-anak.

"Saya sudah reda dan ikhlaskan semuanya. Saya tidak pernah menyimpan dendam dengan dia (Datuk Red).

"Biarpun sudah bercerai, dia tetap bapa kepada anak-anak kami. Saya berharap macam mana pun keadaan kami, hubungan dengan anak-anak jagalah. Ikatan itu jangan pernah putus.

"Apa yang berlaku (perceraian) ini saya anggap yang terbaik untuk saya dan anak-anak. Ini pr0ses untuk saya mulakan hidup baru. Mungkin ada hikmah lain Allah nak bagi kepada saya.

"Jadi, apa saya nak buat sekarang adalah fokus untuk besarkan anak-anak dan kerjaya," katanya.

Dalam pada itu, Adira yang kini bergelar seorang pelakon, memberitahu, dia juga sentiasa mendoakan kejayaan buat bekas suaminya itu dalam apa juga yang dilakukan.

"Kami tidak selalu berhubung melainkan untuk anak-anak saja. Sewaktu masih dalam idah, kadang dia datang ke rumah terus. Apabila sudah tamat, perlu jaga batas.

"Cuma, saya tidak pernah menghalang dia untuk berjumpa anak-anak. Bila-bila saja dia boleh melawat.

"Apa pun, semoga dia terus berjaya. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat dia. Fokus kerja saja. Apa yang dia buat sekarang adalah rezeki buat dirinya. Saya bantu apa yang boleh dibantu," ujarnya.

Untuk makluman, Adira dan Datuk Red sah bercerai talak satu pada 24 April lalu selepas hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: