16 July 2024

"SEKARANG SAYA MASIH LAGI DALAM PR0SES SESUAIKAN DIRI MENGASUH NUR IZZARA" - ALYAH SEDAR MENGGALAS TANGGUNGJAWAB SEBAGAI IBU TERHADAP ANAK ANGKATNYA ITU BUKAN MUDAH



Semua sedia maklum mengenai penyanyi Datin Alyah, 43, dimana dia dan suaminya, Datuk Ramli MS mengambil seorang anak angkat diberi nama Nur Izzara yang kini berusia tiga bulan.
Mengulas mengenai anak angkat, Alyah atau nama sebenarnya, Nor Hasliah Abu Hassan, berkata, dia sedar menggalas tanggungjawab sebagai ibu terhadap anak angkatnya itu bukan mudah, berikutan banyak perkara perlu difikirkan terlebih dulu.

"Walaupun dulu ramai yang dah nak beri (anak), tapi saya tak mahu sebab fikir komitmen ini bukan macam jaga kucing. Malah, kucing pun kita kena jaga betul-betul.

"Sekarang saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri mengasuh Nur Izzara yang kini baru berusia tiga bulan. Alhamdulillah, kehadirannya membawa perubahan besar dalam kehidupan saya dan suami, Tok Ram (Datuk Ramli MS).

"Kalau diikutkan, saya sebenarnya memang tak pernah rancang nak ambil anak angkat pun. Sebab, banyak perkara yang kita kena fikir terutama dari aspek penjagaan dan asuhan bayi.

"Apatah lagi, saya dapat bayi ini selepas dua hari dia dilahirkan dan kemudiannya dapat pula panggilan haji yang disifatkan limpahan rezeki buat saya sekeluarga," katanya.

Dalam pada itu, Alyah bagaimanapun enggan berkongsi sebab mengapa ibu bapa kandung Nur Izzara tidak boleh menjaganya.

Selain itu, Alyah mengakui, dia juga tiada pengalaman menamakan anak, dimana dia berkata, rezeki nama Nur Izzara diperolehnya ketika berhenti berehat di sebuah restoran di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Ayer Keroh, Melaka.

"Pada masa anak kecil ini diambil, saya singgah di R&R Ayer Keroh dan nampak ada restoran yang nama Izzara di situ. Saya jadi tertarik dengan nama berkenaan (Izzara).

"Cuma, mulanya saya bercadang nak letak nama Izara Aishah, namun risau pula nanti orang keliru dengan nama pelakon Izara Aishah. Alhamdulillah, emak saya cadangkan letak Nur dan jadilah Nur Izzara," tuturnya.

Sementara itu, ditanya mengenai kesihatan dirinya yang s@kit baru-baru ini selepas pulang dari mengerjakan haji, Alyah memaklumkan, dia sekarang terpaksa menolak tawaran menyanyi selama dua bulan untuk berehat sehingga betul-betul pulih.

"Selepas mengal@mi batuk berpanjangan ketika di Tanah Suci, saya perlukan masa untuk merehatkan diri sehingga pulih. Alhamdulillah, tahap kesihatan saya kini bertambah baik walaupun tidak 100 peratus lagi," jelasnya.

Untuk makluman, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Ramli MS pada 2013. Namun, sehingga kini mereka belum dikurniakan anak.

Bagaimanapun, Ramli MS yang pernah berkahwin dengan pengarah acara muzik tempatan iaitu Jennifer Thompson itu dikurniakan sepasang cahaya mata yang kini sudah dewasa dan masing-masing mempunyai kerjaya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: