Bekas isteri pertama ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu, 46, atau dikenali sebagai Datuk Red iaitu Sharifah Norshafila Hashim, menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini, dia telah berkongsi gambar kenangan dengan bekas suaminya itu bersama anak-anak mereka.
"Terima kasih untuk 19 tahun. 19 tahun hidup bersama dan sekarang buat haluan masing-masing," tulis Sharifah Norshafila yang kini sudah pun selepas menjalani tempoh idah yang tamat sejak 13 Julai lalu.
Selain itu, bekas madu kepada penyanyi Adira Suhaimi, dilihat sudah menukar nama profil akaun Instagram kepada Kakak Red.
Sebelum ini, Datuk Red ada berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikT0k, dimana jelasnya, dia memaklumkan perkara itu kerana tidak mahu timbul sebarang fitn@h terhadap dirinya mahupun bekas isteri.
"Tamatlah perkahwinan 19 tahun yang kami bina. Selepas ini kalau nampak Fila (Sharifah) keluar berjalan-jalan, dia bukan tanggungjawab saya lagi.
"Tak sangka cepat habis tempoh idah. Saya kena umumkan ini kerana takut nanti jika ada yang nampak dia keluar rumah menimbulkan fitn@h pula.
"Saya doakan dia semoga bahagia dan berjaya. Kalau dia bertemu jodoh, saya tak boleh buat apa dah. Saya doakan dia jaga batasan, jaga aurat dan yang penting jaga solat lima waktu. Saya pun tak boleh nak pantau dia dah, jaga diri," ujarnya.
Sementara itu, tempoh idah dengan Adira pula tamat pada 14 Julai, selepas mereka sah bercerai talak satu pada 24 April lalu setelah hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga.
"Saya doakan dia murah rezeki, sihat, panjang umur. Sebenarnya Adiralah asbab saya dikenali, dapat saya berniaga di TikTok. Kalau saya tak kahwin dengan Adira, orang takkan kenal saya.
"Selain itu, banyaklah jasa dia kepada saya. Terima kasih banyak-banyak. Semoga dia teruskan kehidupan demi menjaga anak-anak saya," kata Datuk Red yang dikurniakan sembilan cahaya mata, hasil kedua-dua perkahwinan itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment