16 July 2024

"YA, BENAR SAYA SUDAH PUN BERKAHWIN PADA USIA 23 TAHUN..." - BEN LADIN AKUI SENGAJA RAHSIAKAN HUBUNGANNYA DENGAN ANNA SYIDA



"Ben banyak terima mesej peribadi dari keluarga, sahabat, rakan media dan juga peminat. Maaf kerana membuatkan kalian tertunggu-tunggu. Ya, benar saya sudah pun berkahwin pada usia 23 tahun dan sah menjadi suami kepada isteri saya, Anna Syida."
Demikian jelas penyanyi rap, Ben Ladin yang tampil mengesahkan dirinya sudah pun selamat berkahwin dengan wanita pilihannya dikenali Anna Syida baru-baru ini.

Akui Ben, dia sengaja merahsiakan hubungannya dengan Anna, selagi mereka belum disahkan sebagai suami isteri.

"Kami berdua mengambil keputusan untuk merahsiakan hubungan kami sehinggalah kami berkahwin secara rasmi. Dalam masa sama, kebetulan saya baru dapat gambar kahwin.

"Saya nak ucapkan terima kasih pada semua yang terlib@t dalam memastikan semuanya berjalan lancar sepanjang perkahwinan kami berlangsung.

"Harap semua doakan yang terbaik untuk kami berdua, dan semoga kami sentiasa kuat untuk lalui perlajanan di dalam rumah tangga di masa akan datang," katanya.

Terdahulu, berita perkahwinan Ben disahkan oleh seorang wanita yang dipercayai ibu saudara kepada pengantin perempuan yang dikenali sebagai Hamidah menerusi hantaran di Facebook pada 8 Julai lalu.

Menurut Hamidah, dia menghadiri persandingan anak saudaranya dengan Ben namun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinan mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: