15 July 2024

AL-FATIHAH - IBU NORMALA SAMSUDIN DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada bekas pengacara dan personaliti TV3, Puan Sri Normala Samsudin atas pemergian ibunya, Rajiah Buyong.
Berita duk@ tersebut dikongsikan Normala menerusi hantaran di Instagramnya, malam tadi.

"Dukacita dimaklumkan bonda/nenek tercinta kami, Puan Hajah Rajiah Binti Haji Buyong kembali ke rahmatullah.

"Bahawasanya kepunyaan Allah semua yang Dia ambil dan apa yang Dia beri, dan segala sesuatu di sisi-Nya sudah ditentukan tempoh waktunya.

"Damailah mak di alam yang kekal, tidurlah mak dan tenanglah mak di sana ya. Insya Allah kami juga akan menyusul menemui Pencipta Yang Maha Agung," tulisnya.

Melihat pada ruangan komen hantaran itu, ia telah dibanjiri ucapan takziah dan doa untuk arwah daripada pengikut serta sahabat handai Normala.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: