15 July 2024

THE H4RDEST SINGING SHOW - AEPUL ROZA MUNCUL SEBAGAI JUARA, BAWA PULANG RM150,000



Program realiti The H@rdest Singing Show (THSS) telah pun berakhir malam tadi bagi musim pertama selepas menobatkan penyanyi Aepul Roza sebagai juara, sekaligus menepati ramalan ramai.
Hasil kejuaraan itu, Aepul atau nama sebenarnya, Noor Syaiful Muhd Zalaludin, 36, membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000, pakej pelayaran dan trofi sumbangan Astro.

THSS yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB itu menyaksikan Aepul mendendangkan lagu 'It's My Life' dan 'Melompat Lebih Tinggi' duet bersama Putera Muhammad, dimana ia meraih markah tertinggi, sekaligus men£waskan lima peserta lain yang turut bertanding.

"Ini rezeki Allah SWT dan saya sendiri tak pernah menang apa pun walau cabutan bertuah. Terima kasih kepada juri dan pasukan saya, Alhamdulillah," katanya.

Bagi naib juara pula, ia telah disandang oleh Ayda Jebat, dimana dia membawa pulang RM20,000, pakej pelayaran dan trofi.

Manakala tempat ketiga menjadi milik Stacy yang menerima RM10,000, trofi dan pakej pelayaran.

Kemudiannya, Aisha Retno telah menduduki tempat keempat, Putera Muhammad tempat kelima dan Zizi Kirana pula di tempat keenam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: