13 July 2024

"ALHAMDULILLAH, DOKTOR BERITAHU KEADAAN SUAMI SEMAKIN P0SITIF" - ISTERI MAKLUM ALI XPDC SUDAH BOLEH BERNAFAS SEPERTI BIASA TANPA BANTUAN OKSIGEN



"Suami masih lagi dirawat di hospital di Ipoh kerana doktor beritahu paling lama pun lima hari dia akan ditahan di wad kerana pihak hospital di sini ada 'link' (rangkaian) dengan doktor pakar.
"Insya-Allah, jika semuanya okay, dia sudah boleh keluar dari wad dan dibenarkan pulang ke rumah esok atau lusa (Isnin).

"Alhamdulillah, doktor beritahu keadaan suami semakin p0sitif. Kadang-kadang saja dia perlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

"Selera makan pun okay sepanjang dirawat di sini. Doktor dan jururawat juga menjaga suami dengan baik."

Demikian jelas isteri kepada penyanyi, Ali XPDC iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, yang memaklumkan keadaan suaminya kini semakin baik dan sudah boleh bernafas seperti biasa tanpa bantuan oksigen.

Kata Sharifah Azuwanna, doktor juga beri ubat yang paling bagus untuk merawat mas@lah jantung suaminya yang lem@h.

Dalam pada itu, Sharifah Azuwanna memberitahu, Ali juga tidak jadi dipindahkan ke Hospital Serdang kerana keadaannya makin stabil.

Terdahulu, penyanyi XPDC Militia ini dimasukkan ke unit kec£masan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak, selepas mengal@mi s£mput dan kesuk@ran bernafas, baru-baru ini.

Jelas Sharifah Azuwanna, dia membawa suaminya itu untuk membuat rawatan secara perubatan Islam bagi merawat peny@kit jantung yang dihid@pinya di sana.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: