09 July 2024

ANGGAP KEPUTUSAN BERKAHWIN FARA SALLEH TEPAT - SHUK KATA KINI TAK LAGI TERIMA KEC4MAN : "RAKYAT MALAYSIA SENANG MENERIMA, MEMAAFKAN"



"Di Malaysia ini, saya tahu rakyat Malaysia memang kadang-kadang bila berlaku sesuatu mereka akan mar@h, tapi bila kita buat sesuatu kembali membetulkan keadaan, rakyat Malaysia senang menerima, memaafkan.

"Jadi, apabila saya dan Farah ambil keputusan untuk kita 'settle down', kita kahwin, kita buat saja benda yang betul, kalau ada jodoh kita panjang, selama-lamanya. Jadi, saya rasa penerimaan orang di situ dah makin okay."

Demikian ujar pelawak dan pengacara sens@si, Shuk Sahar, 39, dimana dia yang sudah dua tahun menyepi dari radar industri hiburan tanpa tahu dirinya 'dig@m' atau tidak itu menyifatkan rakyat di negara ini tetap bersikap pemaaf.

Kata Shuk atau namanya sebenarnya, Mohammad Shukri Mohammed Sahar, ia berikutan dia dan isterinya, Fara Salleh kini sudah diterima baik masyarakat, termasuk tidak lagi menerima kec@man t£ruk daripada netizen di media sosial.

Difahamkan, Shuk berkahwin kali kedua dengan wanita pilihannya iaitu Fara Salleh pada November tahun lalu dalam majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana yang dihadiri keluarga dan saudara terdekat.

Dalam pada itu, menurut Shuk lagi, kalau dulu apabila orang nampak dia ada bersama Fara, pasti akan dikec@m, tapi sekarang kalau ada 'p0st' (hantaran) di media sosial pun dah tak ada kec@man.

Klik untuk gambar besar

"Majlis kahwin kami pada November tahun lalu pun, saya buat 'simple' saja, sebab saya tahu banyak hati yang mungkin saya tak boleh puaskan. Jadi, saya ambil keputusan kita jalankan benda yang baik.

"Kalau ada rezeki lebih selepas ini, mungkin kami akan buat majlis untuk meraikannya, Insya Allah," tuturnya yang turut mengakui mereka belum lagi ada rezeki untuk menimang cahaya mata, namun tidak merancang.

Sementara itu, bagi karier seninya pula, Shuk akan muncul di dalam program Dol's P0dcast bersama dua rakan baiknya, Shuib dan Fizie yang sebelum ini mereka pernah bergabung mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di Hot FM.

Dol's P0dcast yang mempunyai sebanyak lapan episod itu akan memaparkan kisah pengalaman menarik daripada tetamu undangan diundang ke studio yang dijangka bersiaran lebih sejam.

Terdahulu, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera atau nama sebenarnya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, pada 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assiyfatu Aimi, 5.

Bagaimanapun disebabkan kontr0versi kecur@ngan yang menghamb@t Shuk, membuatkan dia dan Sera akhirnya sah bercerai talak satu pada 22 Mac tahun lalu selepas pulang dari Tanah Suci Makkah mengerjakan umrah bersama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: