09 July 2024

DIT£GUR SAMAKAN UWAIS DENGAN ORANG ASLI - ISTERI SHUIB MOHON MAAF, INI JELASNYA



"Mummy dapat banyak DM tegur Mummy berkenaan video Uwais tu Mummy sebut macam orang asli. Sejujurnya takde langsung niat mummy nak mengh1na atau memperl£kehkan.

"Mummy rasa pengikut Mummy pun tahu selama ni Mummy sangat menjaga tutur bahasa Mummy. Walaupun yang mana kec@m Mummy sebelum ni pun tak pernah Mummy mar@h atau berbal@s."

Itulah kata isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah selepas dia menerima t£guran daripada pengikutnya selepas menyamakan anak tirinya, Uwais Alqarni seperti orang asli.

Klik untuk gambar besar

Menerusi perkongsian di Insta Story, Watie menjelaskan, dia tiada niat untuk mengh1na atau mempers£ndakan. Ujarnya lagi, dia sentiasa menjaga pertuturannya.

Sementara itu, Watie yang turut memohon maaf, berkata, dia menyamakan Uwais dengan orang zaman dahulu kerana penampilan anak tirinya itu yang tidak berbaju.

"Cumanya dalam video tu Uwais kan tak berbaju sebab tu Mummy samakan macam dalam gambaran seperti orang dahulu kala. Maaf kalau ada yang terasa. Tapi Insha Allah Mummy tahu niat Mummy dalam berbahasa," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: