09 July 2024

KONGSI FOTO KEMESRAAN BERSAMA KEITH FOO & ANAKNYA - RIENA DIANA LUAH RASA CINTA



"Cinta ketiga: Cinta ini datang tanpa disedari. Tanpa am@ran. Ia meny£linap masuk dengan senyap. Anda tidak mencarinya. Ia datang kepada anda.
"Anda boleh membina apa saja tembok yang anda mahu, ia tetap akan runtuh. Anda akan mendapati diri anda mengambil berat tentang orang itu tanpa mencuba.

"Mereka mungkin tidak kelihatan seperti jenis yang anda biasanya suka, tetapi anda tengg£lam dalam mata mereka setiap hari."

Itulah tulis pelakon Riena Diana menerusi hantaran terbaharu di Instagramnya, dimana ia menuai komen doa dan ucapan yang 'manis' untuk hubungan cintanya dengan pelakon Keith Foo.

Melihat pada hantaran tersebut, Riena memuat naik luahan rasa cinta dan juga gambarnya bersama Keith dan anaknya, Skylar Raymond Foo.

Bukan itu sahaja, malah Riena juga menulis mengenai ketidaksempurnaan yang mencuri hatinya dan ingin menuju ke gerbang perkahwinan.

"Anda melihat keindahan dalam ketidaksempurnaan mereka. Anda tidak menyembunyikan apa-apa dari mereka. Anda mahu perkahwinan dan keluarga dengan mereka.

"Anda berterima kasih kepada alam semesta untuk mereka. Anda benar-benar mencintai mereka," tuturnya.

Dalam ruangan keterangan pula, Riena menulis ringkas, "Mine (milik saya), Insya-Allah" yang turut diletakkan emoji cinta.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: