09 July 2024

AR RAHMAN KONGSI KISAH PERTEMUAN DENGAN MICHAEL JACKSON, HAMPIR BEKERJASAMA : "IMPIAN INI TIDAK KESAMPAIAN KERANA BELIAU MENINGGAL DUNIA..."



"Dalam pertemuan ini, Jackson menunjukkan minat bekerjasama dengan saya. Beliau suka dengan hasil kerja saya, manakala saya pula mengagumi apa yang dilakukan.

"Beliau mahu saya menghasilkan satu lagu berkaitan dengan perpaduan seperti lagu 'We Are The World'.

"Namun, impian ini tidak kesampaian kerana beliau meninggal dunia selepas dua bulan kami bertemu," demikian kata maestro muzik dan komposer tersohor India, AR Rahman, 57.

Sesi bertemu peminat gam@t apabila AR Rahman mendedahkan pengalamannya bersama penyanyi legenda, Michael Jackson di Los Angeles, Amerika Syarikat lebih sedekad lalu.

Menerusi program dihadiri 1,000 peminat ini, mereka diberikan peluang bertanyakan soalan dan dijawab oleh komposer terb@bit.

Klik untuk gambar besar

Dalam sesi pertemuan itu, AR Rahman menjawab soalan peminat dengan berkongsi kisah dimana dia hampir berkolaborasi dengan Raja Pop dunia itu atas permintaan penyanyi terb@bit sendiri.

Bagaimanapun kata AR Rahman, kejadian pada 2009 itu tidak kesampaian apabila Michael meninggal dunia dua bulan selepas pertemuan berlangsung.

Program eksklusif ini diadakan sempena penganjuran Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Dalam pada itu, AR Rahman turut mengimbas kisah menarik yang berlaku sebelum pertemuan dengan Jackson terjadi.
"Saya ada meminta ej£n di Hollywood yang baru dilantik untuk menguruskan pertemuan dengan Jackson.

"Dia berjanji akan menguruskannya. Bagaimanapun, tiada sebarang maklum bal@s diterima selepas beberapa minggu.

"Bagaimanapun, selepas dua lagu saya tercalon dalam Anugerah Akademi atau Oscar barulah saya terima mesej mengatakan Jackson ingin berjumpa.

"Disebabkan kesibukan membuat persiapan kerana saya perlu mengadakan persembahan pada acara anugerah itu, saya menolak permintaan berkenaan.
"Saya hanya akan berjumpa dengan Jackson jika menang trofi Oscar dan sehari selepas menang, saya tunaikan janji bertemu dengannya.

"Beliau menyambut kedatangan saya dengan memakai gaya ikonik iaitu memakai sarung tangan dan bercermin mata. Beliau melayan saya dengan baik," kongsinya.

Untuk makluman, Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 dibawakan khas oleh Star Planet bakal disertai, antaranya Mano, Srinivas, Sri Rascol, Shweta Mohan, Shakthisree Gopalan, Blaaze dan ADK.

Penganjur juga akan mengumumkan penyanyi tambahan, tidak lama lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: