Pada Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana baru- baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana telah mendapat pengiktirafan apabila diberikan anugerah khas.
Difahamkan, Puteri Sarah dipilih menjadi ikon ibu tunggal yang memberi imp@k p0sitif kepada masyarakat di luar sana.
Sementara itu, Pengasas dan Pengarah MommyHanna iaitu Hana Shahadan berkata kandungan dihasilkan ibu kepada dua cahaya mata itu tular serta mendapat jutaan tontonan dan memberi imp@k baik dari segi kekeluargaan.
"Puteri Sarah mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya apabila menyumbang kepada peningkatan tahap kredibiliti dan pengukuhan jenama syarikat.
"Kandungan viral dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran," katanya.
Dalam pada itu, ujar Hana lagi, majlis tersebut diadakan bagi menghargai semua individu yang terb@bit secara langsung atau tidak dalam membantu jenama mereka hingga ke tahap sekarang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment