10 July 2024

"CUKUP UQASHA SEORANG SAHAJA.. SAYANG, ABANG AKAN SETIA DENGAN SAYANG" - KAMAL ADLI SIFATKAN UQASHA ISTERI & IBU TERBAIK, ENGGAN KAHWIN LAGI



"Saya tak nak kahwin lagi, cukup Uqasha seorang sahaja.. Sayang, abang akan setia dengan sayang.
"Abang akan besarkan dan jaga anak kita, sayang adalah ibu serta isteri yang terbaik yang pernah saya miliki. Sebelum kiamat, Insya-Allah kita akan bersama selamanya."

Itulah ujar pelakon Kamal Adli dimana dia menyifatkan isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose seorang isteri dan ibu yang terbaik buat anak mereka, Hawra Uqaira.

Menerusi perkongsian video Suria Malaysia, Kamal berkata, dia akan setia dengan Uqasha walau apa pun berlaku dan cukup wanita itu seorang sahaja dalam hidupnya.

Untuk makluman, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan bernama Hawra Uqaira yang kini berusia dua bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: