10 July 2024

SEIN RUFFEDGE HORMATI KEPUTUSAN ISTERINYA UNTUK MENYEPI DARI KARIER SENI BAGI MEMBERI FOKUS KEPADA ANAK-ANAK



"Isteri saya, memang dah tak menyanyi dah. Dia memang fokus kepada rumah tangga saja. Anak-anak pun dah banyak hal dan banyak nak kena 'handle'.
"Anak yang sulung pun dan 17 tahun dan dia masuk belajar di kolej lebih awal, anak nombor dua berusia 15 tahun, ketiga 10 tahun dan yang bongsu baru empat tahun.

"Anak-anak memang dah besar, tapi nak 'handle' yang umur 15, 10 dan empat tahun memang tetap ibu mereka yang nak kena uruskan. Jadi, memang tak ada dah nak menyanyi lagi."

Demikian kata anggota Ruffedge, Sein Qudsi, 41, dimana dia menghormati keputusan isterinya, Noor Diyana Muhammad atau Nana untuk menyepi dari karier seni bagi memberi fokus kepada anak-anak.

Ujar Sein atau nama sebenarnya, Syed Hussein Syed Mustafa Al Qudsy, dia tidak menghalang minat isterinya dalam seni, namun Nana yang juga bekas peserta Mentor musim pertama memilih untuk berundur untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada anak dan keluarga.

Dalam pada itu, ditanya pula mengenai anak-anaknya mewarisi bakat dalam seni, Sein yang kini aktif sebagai pengarah, berkata, tiga anaknya memang ada menunjukkan bakat kreativiti mereka.

"Saya tak pernah galakkan, tak pernah tunjuk pun ketika di rumah. Tapi, mereka tahu sendiri dan saya tidak halang pun bakat kreativiti mereka itu. Terpulanglah, yang penting janji mereka tahu apa yang mereka nak buat.

"Ada banyak (bakat) yang ditunjukkan masing-masing, terlalu banyak. Rasanya mereka memang lebih ke arah itu (kreativiti)," tuturnya kini tampil dengan drama 'N@fsu' arahannya yang disiarkan Viu Malaysia sebanyak lapan episod.

Untuk makluman, Sein bertemu jodoh dengan Nana yang juga anak bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib itu pada 8 Julai 2006 dan pernah menyertai program Sehati Berdansa musim ketiga yang menobatkan mereka sebagai juara.

Nana pernah menyertai program realiti TV, Mentor musim pertama di TV3 pada 2005 dengan mewakili kumpulan FO'3 sebagai protege bersama dua anggota lain, Ewan dan Zarul di bawah bimbingan mentor, Cat Farish.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: