"Boleh tak, tak nak jawab kerana isu itu tidak berkaitan dengan saya. Jadi, boleh tanya kepada orangnya."
Ujar penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL, dimana dia enggan mengulas isu penyelew£ngan wang syarikat bernilai RM1.7 juta memb@bitkan suaminya, Tiko Aryawardhana, sebaliknya berkata, isu tersebut sepatutnya ditanyakan kepada suaminya itu.
Terdahulu, Tiko, 41, berd£pan tuduhan menyelew£ng dana milik syarikat diusahakan bersama bekas isteri, Arina Winarto iaitu PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS).
Bapa kepada tiga cahaya mata itu didakwa melakukan sal@h laku berkenaan antara 2015 sehingga 2021 ketika memegang jawatan sebagai pengarah syarikat perusahaan makanan dan minuman itu.
Rent£tan itu, bekas isterinya yang bertind@k sebagai pemilik dan pemegang sah@m syarikat membuat laporan di Balai Polis Jakarta Selatan, Jun lalu.
Tiko bertind@k sebagai pengarah urusan, manakala Arina mengeluarkan modal menjadi pengarah, selain pemegang maj0riti sah@m syarikat.
Pada 2019, Tiko menyatakan hasrat menghentikan op£rasi syarikat atas alasan tidak mampu membayar sewa.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment