"Napie menjalani pembedahan pada pagi Jumaat lalu. Selepas pembedahan dia ditidurkan sehinggalah mula beri respon kelmarin (22 Julai lalu).
"Dia kena s£rangan angin ahmar Selasa lalu dan semalam (kelmarin) genap seminggu dia s@kit. Syukur pembedahan berjaya tanpa sebarang kompl1kasi walaupun pada masa itu jantungnya lem@h.
"Dia masih guna alat bantuan pernafasan tapi perlahan-lahan doktor dah kurangkan oksigen sebab nak ajar dia bernafas sendiri. Baru semalam (kelmarin) doktor bagi susu pada Napie.
"Sebelum ini dia dipuasakan," demikian jelas isteri kepada pemain gitar kumpulan Spider, Hanafi Hamdan atau Napie, dimana dia berkongsi keadaan terkini suaminya yang mula membuka mata kelmarin, tetapi belum boleh bercakap seperti biasa.
Difahamkan, Napie mula memberi respon pada 22 Julai lalu selepas menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh (HSB), Jumaat lalu akib@t dis£rang angin ahmar.
Dalam pada itu, mengulas mengenai bantuan, Nor Rasidah meluahkan rasa syukur kerana beberapa pihak mula memberikan sumbangan dan bantuan sebagai tanda prihatin terhadap suaminya itu.
"Alhamdulillah, pihak Luncai Emas, peminat Spider dan kawan-kawan lain ada buat kutipan derma. Sumbangan daripada persatuan artis belum ada.
"Persatuan artis sebelum ini pernah bagi bantuan masa Napie kena s£rangan jantung lebih kurang dua tahun lalu.
"Saya tak pasti berapa lama dia akan berada di hospital kerana semuanya bergantung pada perkembangan kesihatan Napie," tuturnya.
Selain itu, isteri Napie turut memberitahu, doktor memaklumkan dalam keadaan sekarang ingatan suaminya mungkin tidak berapa kuat.
"Ia disebabkan s£rangan angin ahmar di ot@knya mengg@nggu kewar@san. Tapi saya tetap yakin dia boleh ingat semua. Untuk melawat pula, sebenarnya dari hari pertama di hospital, Napie boleh menerima pelawat.
"Tapi cuma seorang saja yang boleh masuk. Pihak kami juga minta kerjasama kepada semua pelawat agar jangan ambil gambar dia," ujarnya.
Bagi peminat yang ingin menyumbang untuk meringankan b£ban Napie dan isteri serta anak-anaknya boleh menyalurkannya di akaun Maybank, 162740023315 atas nama Nor Rasidah Said.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment