"Suami kita ni sweet la, datang buat k£jutan sewaktu kita tengah live. Time anniversary hari itu hadiahkan 100 kuntum bunga rose merah.
"Kali ni untuk birthday hadiahkan 100 kuntum bunga rose putih pula tanda kesucian cinta abadimu padaku. Terima kasih sayang. I love you."
Demikian tulis ibu kepada selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini, dimana dia berkongsikan momen istimewa apabila menerima 100 kuntum bunga ros putih daripada suami tercinta bersempena ulang tahun kelahirannya ke-58.
Kartini yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram, berkata, sebelum ini dia menerima 100 kuntum bunga ros merah ketika hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Perkongsian Datin Kartini ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja melihat hadiah tersebut serta mengucapkan selamat hari lahir buat ibu Neelofa yang merupakan seorang usahawan itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment