"Alhamdulillah, saya rasa sangat berpuas hati. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada media yang datang. Terima kasih banyak-banyak. Tentunya rasa gembira. Alhamdulillah rasa bersyukur. Selama ini memang dah tenang, hari ini lagi tenang.
"Saya rasa ini berita yang sangat gembira untuk saya. Saya harap ini membuka mata kepada orang-orang di luar sana, bahawa kami sudah berdamai. Tak ada konfr0ntasi dan sebagainya."
Itulah ujar pelakon Hafidz Roshdi, 30, yang meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menarik balik k£s menumbvk pipi kiri yang didakwa dilakukan Hafidz pada 13 Mac lalu sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, di sini, hari ini.
Hafidz yang hadir di Mahkamah Majistret, di sini, ditemani isterinya, Athirah Yuhada buat kali pertama, berkata, ini adalah berita gembira untuknya dan berharap dapat menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia dan bekas isterinya itu sudah berdamai.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ditanya sama ada keputusan yang dibuat Shuhada itu ada el£men prov0kasi atau ugvtan, Hafidz menjelaskan, tidak ada sebarang isu.
"Tak ada sebarang isu atau sebarang prov0kasi yang berlaku. Memang kami bersetuju untuk berdamai secara baik. Semuanya secara baik.
"Saya harap semuanya berdamai dan berjalan dengan baik. Isu anak-anak itu dapat diselesaikan dengan baik," tuturnya.
Selain itu, Hafidz turut menjawab pertanyaan mengenai keadaan kesihatan ment@lnya, dimana dia memberitahu, ia semakin stabil dan kini masih lagi menerima rawatan bulanan.
"Alhamdulillah tak ada mas@lah. Saya pun setiap bulan ada menjalani s dengan doktor dan makan ubat. Makin sihatlah.
"Setiap bulan saya berjumpa doktor untuk dapatkan maklumat terkini keadaan kesihatan saya di Hospital Shah Alam.
Ketika pros1ding semalam, Shuhada dilihat tidak hadir ke mahkamah dan difahamkan ibu kepada dua cahaya mata itu tidak sihat.
Perkara itu dimaklumkan peguam yang mewakili Hafidz, penyanyi Datuk Akberdin Abdul Kader.
"Sebenarnya subp0ena tak dikeluarkan sebab hari ini sebutan. Saya dengar dia pun tak berapa sihat hari ini. Tapi, kalau dia datang pun, pendakwaan kena buat pengesahan secara bebas dan ada pros£durnya," katanya.
Tambah Akberdin lagi, laporan polis penarikan balik k£s Hafidz yang didakwa menumbvk bekas isterinya itu pada tahun lalu, dibuat secara suka rela.
"Sebenarnya, pihak-pihak sudah selesaikan perkara ini secara baik. Tiada sebarang prov0kasi atau ugvtan. Mereka dah selesaikan semua isu berkenaan rumah tangga secara baik.
"Seperti mana yang saya cakap, laporan yang dibuat adalah tanpa paksaan dan dengan suka rela," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment