"Apa yang jadi bukan sal@h orang lain, tetapi berlaku sebab hati Mamat sendiri. Hati dia sendiri yang tak kuat dan 'on off' benda (dad@h) itu."
Itulah kata pemain keyboard Exists dan komposer, Ajai, 49, dimana dia berpendapat mas@lah pengambilan dad@h yang dial@mi penyanyinya, Mamat adalah kesil@pannya sendiri.
Ujar Ajai, hati Mamat sendiri tidak kuat hingga dia terj£bak dalam perbuatan itu, selain berkata, Mamat sepatutnya perlu ada semangat k£ntal dalam dirinya untuk menolak pengambilan barang terlar@ng itu, meskipun jika ada orang lain cuba memberikan kepadanya.
"Sebenarnya, ambil atau tak ambil benda itu terletak pada hati Mamat. Kalau ada orang cuba atau nak bagi dia sekalipun dan hati kamu tak nak, tidak jadi juga. Oleh itu, pucuk pangkalnya hati Mamat sendiri.
"Saya juga percaya setiap kesil@pan yang dilakukan itu datangnya daripada diri kita sendiri dan bukan kerana dip£ngaruhi oleh mana-mana individu lain. Kita ada hati dan boleh fikir sendiri," tuturnya.
Dalam pada itu, mengulas kenyataan pemain bass Exists, Musa Radhi yang menyifatkan kehidupan di kampung mer0sakkan Mamat, Ajai berkata, dia faham rasa kec£wa seorang sahabat apabila melihat sahabatnya terus dibel£nggu kesil@pan berulang.
"Saya rasa apa yang diluahkan Musa pada kenyataan dikeluarkannya itu tidak bermaksud pun menyal@hkan orang lain sepenuhnya. Cuma, dia dalam keadaan sedih dan h@mpa melihat nasib dihad@pi Mamat.
Klik untuk gambar besar
"Sebagai sahabat Mamat dalam Exists, kami semua sayang dan sentiasa ambil berat mengenai dia. Kami juga selalu menasihatinya dan jaga dia dengan baik.
"Boleh dikatakan, Mamat nampak 'fresh' dan tiada mas@lah sekiranya dia ada bersama dengan kami," katanya.
Sebelum ini, Mamat yang berd£pan dua pertuduhan mengambil dad@h pada 2019, berjaya dalam rayuannya, namun dij@tuhi hukvman d£nda RM4,000 serta dua tahun pengawasan di Ag£nsi Antidad@h Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang untuk rawatan dan pemulihan.
Untuk makluman, Mamat yang tampil bersama Exists pada 1991 popular dengan lagu-lagu seperti 'Untukmu Ibu', 'Rahsia Pohon Cemara', 'Langkah Seiringan' dan banyak lagi.
Bagaimanapun, Mamat meninggalkan Exists pada 1994 dan memilih bergerak sebagai penyanyi solo dan popular dengan lagu 'Salju Di Danau Rindu', 'Hanya Engkau Kekasih' dan 'Inspirasi Kamar Hati'.
Mamat mendirikan rumah tangga dengan Marshila Mustapha Kamal pada 2001 dan bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak. Kini, Mamat juga mempunyai seorang cucu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment