12 July 2024

GAG4L BAYAR PINJ4MAN - JOVIAN MANDAGIE DIPERINTAH MAHKAMAH BAYAR RM10 JUTA KEPADA DUA SYARIKAT



Selepas gag@l membayar dua pinj@man persahabatan (friendly l0an), pereka fesyen iaitu Datuk Jovian Mandagie telah diperintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar RM10 juta kepada dua pengarah syarikat.
Memetik laporan Kosmo, Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin memutuskan demikian dalam penghakiman terus beliau bertarikh 2 dan 4 April lalu memerintahkan Jovian membayar RM5 juta masing-masing kepada syarikat Cek@p Air Sdn. Bhd. dan Bina Pragm@tik Sdn. Bhd.

Difahamkan, pada 30 April lalu, Jovian yang merupakan bapa kepada seorang cahaya itu telah memfailkan rayuan terhadap penghakiman terus itu.

Mengikut penyataan tuntutan yang difailkan secara berasingan, Jovian merupakan kenalan kepada pengarah syarikat Cek@p Air, Yong Zhen Wei dan pengarah Bina Pragm@tik, Azirul Salihin.

Pada 25 Februari 2022, Cek@p Air telah meminjamkan RM5 juta kepada Jovian yang dinamakan sebagai defendan tunggal atas permintaan lisan pereka fesyen itu dan atas dasar pinj@man persahabatan.

Manakala, Bina Pragm@tik pula telah meminj@mkan wang RM5 juta kepada Jovian pada 25 Mac 2022 dan turut memindahkan wang tersebut ke akaun pelanggan firma guaman yang sama mewakili pereka fesyen itu.

Kedua-dua plaintif menyatakan bahawa pinj@man persahabatan itu perlu dilunaskan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Pinj@man tersebut diberikan dan dilakukan secara lisan dan kasual memandangkan kesemua plaintif dan defendan merupakan kenalan dan tiada sebab untuk meragui Jovian kerana mempunyai beberapa perniagaan lain serta menantu kepada Ismail.

Bagaimanapun, kedua-dua plaintif mendakwa sehingga kini, defendan memungkiri perjanjian pinj@man dan gag@l membayar semula atau memulangkan kembali wang berkenaan menyebabkan mereka mengalami kerug1an.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: