11 July 2024

BILA IRA KAZAR TERIMA PUJIAN, DIKATA MAKIN CANTIK MACAM DEEPIKA PADUKONE



Cerita mengenai isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sudah lama tidak dengar selepas lama menyepi dari media sosial.
Bulan lalu, Ira dilihat ada memuat naik video di Insta Story dilihat sedang tersenyum bermain dengan seorang kanak-kanak.

Baru-baru ini, tular video pula memaparkan Ira yang mengenakan baju putih dan bertudung hitam itu dilihat sedang duduk sambil bermain telefon bimbit.

Difahamkan, video itu dirakam ketika Ira menziarahi ahli keluarganya di sebuah pusat perubatan.

Klik untuk gambar besar
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Ira semakin berseri dan cantik, malah ada yang mengatakan wajah isteri Syamsul itu seperti pelakon Bollywood terkenal, Deepika Padukone.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai dakwaan Ira kini sedang berbadan dua, termasuk dakwaan mengatakan, Syamsul mengal@mi al@han sepanjang tempoh kehamilan isterinya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: